Thursday, May 16, 2024
HomeBERITAKementerian Pendidikan komited sedia pendidikan berkualiti di Sabah dan Sarawak

Kementerian Pendidikan komited sedia pendidikan berkualiti di Sabah dan Sarawak

Berhubung kenyataan Ketua Menteri Sarawak bahawa Putrajaya gagal melaksanakan pembangunan semula sekolah daif selaras perjanjian kontra, kini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tampil mengeluarkan kenyataan media.

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pihak kementerian komited untuk menyediakan fasiliti pendidikan yang berkualiti bagi memastikan para pelajar dan pendidik dapat menjalani proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dengan lebih sempurna dan kondusif termasuk sekolah di Sabah dan Sarawak.

Sehingga kini, terdapat sebanyak 606 buah sekolah di negeri Sarawak dikategorikan mempunyai bangunan yang daif dan tidak selamat untuk diduduki.

Berdasarkan maklumat daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak,status pelaksanaan bagi 37 projek di bawah Fasa satu adalah yang pertama, dua projek sedang berada dalam fasa pembinaan dan dijangka siap pada Ogos 2021.

Yang kedua, empat projek telah dikeluarkan Surat Setuju Terima (SST) pada 14 Februari 2020,dan kerja dijangka bakal bermula Mac 2020 dan dijangka siap pada September 2021.

Ketiga pula kira-kira 15 projek dalam peringkat akhir memuktamadkan perolehan dan kerja-kerja dijangka dapat dimulakan pada April 2020 dan dijangka siap pada Oktober 2021.

Manakala bagi 16 projek lagi akan ditender bermula Mac 2020.

Kaedah pelaksanaan 37 buah sekolah daif ini adalab secara konvensional dan hybrid berdasarkan kesesuaian di lokasi dan KPM akan terus memantau bagi memastikan projek dapat disiapkan mengikut jadual bagi membolehkan proses PdP berjalan lancar.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel Untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments