Saturday, July 13, 2024
HomeBERITAInstagram Ali Puteh digodam!

Instagram Ali Puteh digodam!

“Allah uji lagi”, itulah ungkapan pertama yang di tulis oleh adik kepada arwah Abam Bocey iaitu Ali Puteh di entri Instagram barunya @aliputehofficial.

Selepas di uji kehilangan insan tersayang dalam keluarga serta berlaku konflik di antara kakak ipar dan Datok Aliff Syukri, kini Ali Puteh diuji lagi.

Berat sungguh perjalanan kehidupan ini, namun itulah yang dinamakan ujian.

Tulisnya, “Instagram baru saya yang original, yang lama sudah kena hack”.

Berikutan status itu, Ali Puteh yang juga dikenali sebagai seorang pelawak tanah air memaklumkan dia tidak lagi menggunakan akaun IG bernama @aliputeh89 kerana ianya telah digodam.

Kejadian itu dipercayai baru sahaja terjadi semalam dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab.

Sambungnya lagi, “Selain dari akaun ini, itu semua bidaah!” – @aliputehofficial.

Ali atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan mengatakan ini adalah akaun rasmi yang dipegang olehnya, namun jika terdapat akaun lain yang menggunakan namanya itu merupakan akaun palsu yang cuba mengambil kesempatan.

–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments