Saturday, May 18, 2024
HomeBERITAKementerian Pendidikan akan tumpu ke arah merealisasikan kemakmuran bersama melalui pendidikan

Kementerian Pendidikan akan tumpu ke arah merealisasikan kemakmuran bersama melalui pendidikan

Tun Dr. Mahathir mahu Kementerian Pendidikan menjadi peneraju dalam mendidik dan melahirkan modal insan negara bagi menyesuaikan dasar dan hala tuju selaras dengan agenda wawasan kemakmuran bersama.

“Saya telah mengadakan perjumpaan dengan pengurusan tertinggi kementerian dan telah memberikan penerangan terperinci mengenai maklumat asas serta isu isu dasar berkaitan pendidikan.

“Saya telah terangkan bahawa kerajaan telah melancarkan wawasan kemakmuran bersama 2030 sebagai satu hala tuju baru ekonomi negara dalam tempoh 10 tahun.

“Salah satu daripada tujuh teras stategik dalam wawasan ini ialah strategi tranformasi modal insan dan transformasi ini harus fokus kepada penyeliaan, penyediaan hala tuju sumber tenaga yang lebih produktif, efektif, berkemahiran, berteknologi dan bernilai tinggi termasuk dalam industri ekonomi baru,” kata beliau di Majlis Amanat dan Aspirasi Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau yang kini memangku jawatan Menteri Pendidikan berkata, fokus utama kementerian akan tertumpu ke arah merealisasikan kemakmuran bersama melalui pendidikan.

Beliau mahu semua rakyat mesti berupaya bersaing dengan jaya dalam kehidupan dan keengganan merebut peluang akan menggagalkan matlamat wawasan kerana tidak mahu merebut peluang dan bekerja kuat supaya dapat meningkatkan nilai hidup.

“Kesanggupan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengejar kejayaan dalam kehidupan, kita perlu rajin dan tekun dan tidak mudah kecewa.

“Sebaliknya mereka yang tidak sanggup berusaha keras iaitu tidak rajin dan tekun maka akan gagal mencapai kejayaan serta tidak akan nikmati kehidupan dan segala balasan baik yang dikejar,” tambahnya.

Untuk merealisasikan agenda wawasan, Tun Dr. Mahathir menyarankan supaya satu korikulum pendidikan Islam baru perlu diadakan yang menekankan penyemaian nilai-nilai kehidupan Islam.

“Sebab itu kita gemar menyatakan bahawa Islam bukan sahaja satu agama tetapi ia juga adalah satu cara hidup.

“Kita perlu tahu apakah ianya cara hidup Islam, umpamanya apakah cara hidup Islam menyuruh kita berperang dan membunuh sesama sendiri,” ujarnya.

Dalam masa yang sama kementerian juga telah menyediakan perincian pemetaan pendidikan sivik yang mengandungi modul “exampler” untuk korikulum manual perhimpunan sekolah dan amalan nilai murni serta manual amalan pendidikan sivik dalam kokurikulum.

Manakala di peringkat pendidikan tinggi pula pembentukan nilai ditekankan melalui aktiviti “servis learning Malaysia, university for sociaty” ataupun SULAM iaitu kaedah pembelajaran yang memberi pengalaman pembelajaran kepada pelajar melalui menyelesaian permasalahan komuniti.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments