Thursday, July 11, 2024
HomeBERITADato’ Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik Ketua Polis Johor bermula Mac

Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik Ketua Polis Johor bermula Mac

Berkuatkuasa 6 Mac 2020, dua pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan bakal membuat pertukaran pangkat selaras laporan yang dikeluarkan oleh Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia, Urus Setia Ketua Polis Negara, Bukit Aman, Datuk Asmawati Ahmad.

Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay yang kini memegang jawatan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas, Cawangan Khas, Bukit Aman akan dilantik sebagai Ketua Polis Johor yang baru bermula bulan depan.

Susulan arahan pertukaran ini, Ayob Khan yang kini berpangkat Deputi Komisioner Polis (DCP) akan dinaikkan pangkat sebagai pemangku Komisioner Polis (CP).

Manakala, Ketua Polis Johor terkini iaitu Dato’ Mohd Kamarudin Md Din ditukarkan kepada Bahagian Pentadbiran, Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

SourcePDRM
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments