Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAKembara Kampus Ramadan: Dr. Zambry bersahur bersama mahasiswa UUM, umum bantuan pendidikan

Kembara Kampus Ramadan: Dr. Zambry bersahur bersama mahasiswa UUM, umum bantuan pendidikan

Sintok, 8 MAC – Menteri Pendidikan Tinggi, Dr. Zambry Abd. Kadir meneruskan Kembara Kampus Ramadan dengan bersahur bersama mahasiswa dan warga Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam majlis yang diadakan awal pagi tadi.

Program itu turut disertai pelajar antarabangsa serta staf universiti dalam suasana penuh muhibah.

Majlis sahur itu diikuti dengan solat Subuh berjemaah, di mana Dr. Zambry sempat berkongsi kepentingan menuntut ilmu bukan sahaja untuk kejayaan masa kini tetapi juga untuk masa depan.

“Selepas bergraduasi, banyak peluang tersedia untuk melanjutkan pengajian dalam bidang kemahiran dan menambah kepakaran. Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) yang ditawarkan institusi di bawah KPT, termasuk kursus pendek, pengajian jarak jauh (PJJ) dan separuh masa, membuka peluang baharu kepada para graduan,” katanya.

Dalam ucapannya, beliau juga menekankan kepentingan mengisi Ramadan dengan amalan ibadah serta menjaga keharmonian dan kebersamaan dalam kalangan mahasiswa.

Sumbangan Kebajikan untuk Mahasiswa UUM

Sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan kesejahteraan mahasiswa, beberapa bentuk bantuan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk pelajar UUM, antaranya Bantuan Kasih Ramadan Yayasan Perkasa Siswa (YPS) – RM250 kepada 20 mahasiswa berkeperluan, Sumbangan RHB Islamic Bank Berhad bernilai RM105,340 melalui inisiatif kad MySiswa 2024, Sumbangan Korporat, dana bernilai RM200,000 untuk pembangunan universiti, Program Bantuan Tajaan Makanan (Fidyah) Baitulmal berjumlah RM120,000 disalurkan untuk keperluan makanan mahasiswa, Sumbangan RM20,000 kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi menyokong aktiviti dan kebajikan mahasiswa.

Dr. Zambry berharap bantuan yang diberikan dapat meringankan beban mahasiswa dan menyokong ekosistem pendidikan tinggi yang lebih mampan.

“Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada mahasiswa UUM dan membantu mereka menjalani kehidupan kampus dengan lebih selesa. Terima kasih UUM atas sambutan mesra dan semangat kebersamaan yang ditunjukkan,” katanya.

Beliau turut menyatakan komitmen KPT untuk terus meningkatkan kebajikan pelajar dan memperkukuh sistem pendidikan tinggi negara agar lebih berdaya saing di peringkat global.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments