Saturday, July 13, 2024
HomeBERITAKeluarga Malaysia: Pelbagai kejayaan dicapai hasil pengorbanan seluruh warga institut

Keluarga Malaysia: Pelbagai kejayaan dicapai hasil pengorbanan seluruh warga institut

Pelbagai pengiktirafan yang diperoleh Institut Kemahiran Tinggi PERDA atau PERDA-TECH membuktikan institusi pengajian itu menjadi pilihan pelajar menimba pendidikan kemahiran tinggi untuk peluang kerjaya lebih baik.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), Khaliq Mehtab Mohd Ishaq berkata, antara pengiktirafan yang diperoleh PERDA-TECH ialah Malaysian Qualification Agency (MQA), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), CISCO Academy, COMPTIA, Suruhanjaya Tenaga (ST) dan The Welding Institute (TWI).

Menurutnya, PERDA-TECH juga telah menerima Anugerah Gangsa bagi kategori Institusi Terbaik (Peringkat Sijil) sempena Anugerah Institusi Pendidikan TVET@KPLB 2022 yang berlangsung pada 20 Oktober lalu.

“Anugerah Institusi Pendidikan TVET@KPLB 2022 yang julung-julung kali diadakan itu merupakan pengiktirafan dan penghargaan atas usaha serta pencapaian cemerlang institusi, tenaga pengajar, pelajar dan alumni institusi TVET di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

“Dalam majlis anugerah itu, seramai tiga tenaga pengajar PERDA-TECH telah dicalonkan sebagai pengajar terbaik peringkat diploma dan sijil. Daripada ratusan pesaing yang hebat, salah seorang tenaga pengajar PERDA-TECH telah berjaya merangkul Anugerah Gangsa Pensyarah Terbaik (Peringkat Diploma),” katanya dalam ucapan semasa Majlis Konvokesyen ke-11 PERDA-TECH di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, PERDA-TECH turut berjaya merangkul Anugerah Gangsa Pelajar Terbaik (Peringkat Sijil).

Seorang pelajar sijil kejuruteraan pertanian PERDA-TECH turut berjaya merangkul Anugerah Hijau Malaysian Soceity of Agriculture and Food Engineering (MSAE) 2021.

Khaliq berkata, kejayaan yang dicapai PERDA-TECH ini bukan dimiliki dengan sekelip mata sebaliknya ia hasil keringat dan pengorbanan seluruh warga PERDA-TECH dari generasi terdahulu termasuk yang sedang berkhidmat.

Beliau turut menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian yang telah dihasilkan melalui kaji selidik yang telah dibuat ke atas pelajar-pelajar PERDA-TECH yang bergraduasi pada tahun 2019.

Katanya, sebanyak 81 peratus pelajar telah mendapat pekerjaan dan 19 peratus melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Perkara itu diakui oleh Mohd Nujaid Syahmi Mohd Nazri, 23, yang sebelum ini mengikuti pengajian Diploma Teknologi Komputer dan kini telah berkhidmat di bahagian IT di salah sebuah syarikat multi-nasional di negara ini.

Mohd Nujaid yang berasal dari Alor Setar berkata, dengan panduan serta tunjuk ajar yang diberikan oleh tenaga pengajar ia membantunya untuk melengkapkan pengajian selama dua tahun enam bulan di PERDA-TECH.

“Tidak dinafikan banyak cabaran yang terpaksa dihadapi ketika belajar di sini tambahan pula kami perlu membangunkan satu aplikasi, smart hostel.

“Tenaga pengajar amat membantu kerana untuk mewujudkan satu sistem banyak perkara yang perlu dibuat. Saya bertanya dan ambil pendapat tenaga pengajar untuk lengkapkan dan membangunkan aplikasi ini,” katanya.

Mohd Nujaid yang menerima Anugerah Khas Pengurus Besar Perda melahirkan rasa syukur dengan kejayaan diperoleh dan bercadang untuk menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi dalam bidang komputer sains.

Turut berkongsi pendapat sama, Nur Aqilah Abdullah, 24, iaitu penerima Anugerah Khas Perda Tech yang kini menyambung pengajian di peringkat ijazah di Universiti Sains Malaysia (USM) dalam jurusan komunikasi.

Menurutnya, dengan kemudahan prasarana yang disediakan PERDA-TECH, ia membantu proses pembelajarannya sebelum ini, malah peralatan yang disediakan setanding yang digunakan dalam industri.

“Saya berasa amat bangga apabila hari ini berjaya mendapat anugerah di hadapan mak ayah sebab itu antara usaha yang saya nak buktikan dari dulu lagi.

“Sepanjang mengikuti pengajian di sini, kemudahan dan prasarana yang disediakan sangat membantu malah setanding dengan industri yang membolehkan saya mempelajari dan menggunakan asas-asas kemahiran di PERDA-TECH,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru golongan belia yang tidak berpeluang melanjutkan pengajian di institut pendidikan tinggi agar mengikuti kursus yang ditawarkan dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di bawah seliaan KPLB.

Jelasnya, PERDA-TECH khususnya menawarkan kursus yang seiring dengan keperluan industri ketika ini sekali gus menjamin masa depan pelajar.

menu-icon

PERDA-TECH terima pengiktirafan

Mohd Nujaid menerima Anugerah Khas Pengurus Besar Perda.

MOHD ISKANDAR OTHMAN
15 NOV 2022 1:15 PM
Pelbagai kejayaan dicapai hasil pengorbanan seluruh warga institut
Mohd Nujaid menerima Anugerah Khas Pengurus Besar Perda.
Mohd Nujaid menerima Anugerah Khas Pengurus Besar Perda.
KEPALA BATAS – Pelbagai pengiktirafan yang diperoleh Institut Kemahiran Tinggi PERDA atau PERDA-TECH membuktikan institusi pengajian itu menjadi pilihan pelajar menimba pendidikan kemahiran tinggi untuk peluang kerjaya lebih baik.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), Khaliq Mehtab Mohd Ishaq berkata, antara pengiktirafan yang diperoleh PERDA-TECH ialah Malaysian Qualification Agency (MQA), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), CISCO Academy, COMPTIA, Suruhanjaya Tenaga (ST) dan The Welding Institute (TWI).

Menurutnya, PERDA-TECH juga telah menerima Anugerah Gangsa bagi kategori Institusi Terbaik (Peringkat Sijil) sempena Anugerah Institusi Pendidikan TVET@KPLB 2022 yang berlangsung pada 20 Oktober lalu.

“Anugerah Institusi Pendidikan TVET@KPLB 2022 yang julung-julung kali diadakan itu merupakan pengiktirafan dan penghargaan atas usaha serta pencapaian cemerlang institusi, tenaga pengajar, pelajar dan alumni institusi TVET di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

“Dalam majlis anugerah itu, seramai tiga tenaga pengajar PERDA-TECH telah dicalonkan sebagai pengajar terbaik peringkat diploma dan sijil. Daripada ratusan pesaing yang hebat, salah seorang tenaga pengajar PERDA-TECH telah berjaya merangkul Anugerah Gangsa Pensyarah Terbaik (Peringkat Diploma),” katanya dalam ucapan semasa Majlis Konvokesyen ke-11 PERDA-TECH di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, PERDA-TECH turut berjaya merangkul Anugerah Gangsa Pelajar Terbaik (Peringkat Sijil).

Seorang pelajar sijil kejuruteraan pertanian PERDA-TECH turut berjaya merangkul Anugerah Hijau Malaysian Soceity of Agriculture and Food Engineering (MSAE) 2021.

Hasil keringat

Graduan PERDA-TECH merakamkan kenangan sempena Majlis Konvokesyen ke-11 PERDA-TECH.
Graduan PERDA-TECH merakamkan kenangan sempena Majlis Konvokesyen ke-11 PERDA-TECH.

Khaliq berkata, kejayaan yang dicapai PERDA-TECH ini bukan dimiliki dengan sekelip mata sebaliknya ia hasil keringat dan pengorbanan seluruh warga PERDA-TECH dari generasi terdahulu termasuk yang sedang berkhidmat.
Beliau turut menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian yang telah dihasilkan melalui kaji selidik yang telah dibuat ke atas pelajar-pelajar PERDA-TECH yang bergraduasi pada tahun 2019.

Katanya, sebanyak 81 peratus pelajar telah mendapat pekerjaan dan 19 peratus melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Perkara itu diakui oleh Mohd Nujaid Syahmi Mohd Nazri, 23, yang sebelum ini mengikuti pengajian Diploma Teknologi Komputer dan kini telah berkhidmat di bahagian IT di salah sebuah syarikat multi-nasional di negara ini.

Mohd Nujaid yang berasal dari Alor Setar berkata, dengan panduan serta tunjuk ajar yang diberikan oleh tenaga pengajar ia membantunya untuk melengkapkan pengajian selama dua tahun enam bulan di PERDA-TECH.

“Tidak dinafikan banyak cabaran yang terpaksa dihadapi ketika belajar di sini tambahan pula kami perlu membangunkan satu aplikasi, smart hostel.

“Tenaga pengajar amat membantu kerana untuk mewujudkan satu sistem banyak perkara yang perlu dibuat. Saya bertanya dan ambil pendapat tenaga pengajar untuk lengkapkan dan membangunkan aplikasi ini,” katanya.

Mohd Nujaid yang menerima Anugerah Khas Pengurus Besar Perda melahirkan rasa syukur dengan kejayaan diperoleh dan bercadang untuk menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi dalam bidang komputer sains.

Menurutnya, dengan kemudahan prasarana yang disediakan PERDA-TECH, ia membantu proses pembelajarannya sebelum ini, malah peralatan yang disediakan setanding yang digunakan dalam industri.

“Saya berasa amat bangga apabila hari ini berjaya mendapat anugerah di hadapan mak ayah sebab itu antara usaha yang saya nak buktikan dari dulu lagi.

“Sepanjang mengikuti pengajian di sini, kemudahan dan prasarana yang disediakan sangat membantu malah setanding dengan industri yang membolehkan saya mempelajari dan menggunakan asas-asas kemahiran di PERDA-TECH,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru golongan belia yang tidak berpeluang melanjutkan pengajian di institut pendidikan tinggi agar mengikuti kursus yang ditawarkan dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di bawah seliaan KPLB.

Jelasnya, PERDA-TECH khususnya menawarkan kursus yang seiring dengan keperluan industri ketika ini sekali gus menjamin masa depan pelajar.

Nurul Izzah menunjukkan sijil yang diterima kepada ibu bapanya Mohd Asri Abdul Rahman (kanan) dan Hasmah Hassan (kiri).

Sementara itu, seorang lagi graduan PERDA-TECH yang mengikuti kursus Sijil Seni Reka Fesyen, Nurul Izzah Mohd Asri, 24, berkata, dengan bantuan dan tunjuk ajar diberikan membolehkannya mengusahakan perniagaan kecil-kecilan dalam menghasilkan pakaian.
Katanya, tempoh pengajian selama dua tahun di institusi itu dimanfaatkan bukan sahaja dalam meningkatkan kemahiran menjahit malah beliau turut diberi pendedahan dalam ilmu keusahawanan.

“Insya-ALLAH dengan bimbingan serta dorongan yang diberikan, saya akan berusaha merealisasikan impian untuk memiliki kedai jahit pakaian sendiri suatu hari nanti,” katanya.

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments