Mantan Perdana Menteri ke-4 dan ke -7, Tun Dr. Mahathir Mohamed dilihat masih sihat tubuh badan dan bertenaga pada usia 96 tahun.
Selain amalan pengambilan makanan secara sederhana yang dipraktik sejak dahulu, Tun Dr. Mahathir turut berkongsi beberapa tip agar kekal sihat tanpa penyakit di Instagramnya.
“Apabila kita menikmati makanan yang sedap, kita akan terdorong untuk makan dengan lebih banyak dari keperluan.
“Oleh itu, walaupun makanan sedap, saya selalu nasihatkan orang agar tidak mengikut nafsu. Kita perlu berhenti makan agar tidak berlebihan.
“Apabila makan berlebihan, akibatnya perut akan jadi besar. Ini memberi tekanan kepada jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan.
“Lemak dan kolesterol yang terlalu banyak akan menyempit saluran darah. Apabila darah tidak dapat bergerak, maka berlakulah strok.

Tun Dr. Mahathir juga menasihatkan orang ramai agar tidak merokok kerana terang-terangan ia tidak membawa sebarang kebaikan kepada tubuh badan.
“Paru-paru berfungsi untuk menyerap oksigen, bukannya asap. Asap yang melekat pada paru-paru akan mengganggu kelancaran tugasannya.

Selain itu, Tun menekankan agar kita menjauhi minuman arak atau berakohol. Pengambilannya tidak lain cumalah merosakkan hati dan fungsinya.
“Nasihat saya, elakkan dari pengambilan makanan berlebihan, tabiat merokok dan minum minuman keras.

“Dengan cara ini mampu mengurangkan risiko dihinggapi penyakit berbahaya dan meningkatkan kesihatan seterusnya kemungkinan panjang umur.
Memang benar apa yang disampaikan Tun itu.

Jom kita amalkan gaya hidup sihat dan bersederhana dalam segala hal.–THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply