Saturday, November 21, 2026
HomeBERITA6,148 kes jangkitan baharu Covid-19 hari ini

6,148 kes jangkitan baharu Covid-19 hari ini

Kes penularan COVID-19 di negara ini mencatat peningkatan buat hari kedua berturut-turut dengan jangkitan lebih 6,000 apabila

Sebanyak 6,377 kes Covid-19 dilaporkan hari ini, berbanding 6,148 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di negara ini meningkat kepada 2,454,749 kes.

“Daripada jumlah kes baharu yang dilaporkan hari ini, sejumlah 6,276 kes atau 98.4 peratus adalah pesakit dalam kategori satu dan dua iaitu tidak mempunyai gejala serta bergejala ringan.

“Selain itu 101 kes bersamaan 1.6 peratus lagi adalah pesakit COVID-19 dalam kategori tiga hingga lima. Secara keseluruhannya, sehingga kini terdapat 564 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) membabitkan 500 kes disahkan positif COVID-19 serta 64 kes lagi disyaki, berkemungkinan dan dalam siasatan.

“Bagi pesakit dalam ICU dan memerlukan alat bantuan pernafasan, sejumlah 294 kes dilaporkan iaitu 207 disahkan COVID-19 dan 87 kes lagi disyaki, berkemungkinan dan dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tan Sri Dr Noor Hisham berkata, terdapat 6,345 kes adalah kes penularan tempatan sementara 32 kes lagi adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Sementara itu, pihaknya turut mengesan lapan kluster baharu membabitkan lima di tempat kerja serta masing-masing satu kluster dalam komuniti, kumpulan berisiko tinggi serta institut pendidikan.

Perkembangan itu menyaksikan hingga kini sebanyak 474 kluster yang masih aktif di negara ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan hingga jam 12 tengah hari tadi, sebanyak 6,637 kes sembuh yang dilaporkan dan menjadikan hingga kini sebanyak 2,354,622 individu sudah pulih daripada COVID-19.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments