Sunday, May 12, 2024
HomeBERITAKejam sungguh! Remaja dibunuh kejam di depan mata ibu

Kejam sungguh! Remaja dibunuh kejam di depan mata ibu

Seorang ibu yang terlantar sakit hanya mampu melihat di depan mata sendiri apabila anak perempuannya disamun kemudiannya dibunuh dengan kejam!

Kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Lubok Batu, Telemong, Hulu Terengganu.

Mangsa, Siti Nur Surya Ismail, 19 tahun, kemudiannya ditemui di ruang tamu rumah berkenaan oleh adiknya, Siti Nur Syuhada, 15, yang baru pulang dari sekolah dalam keadaan tertiarap.

Syuhada kemudiannya menghubungi abang mereka, Mohd Zaid Azroi, 28, yang ketika itu sedang bekerja di Kampung Bukit Payong.

Siti Nur Surya dibunuh kejam dengan beberapa kesan tikaman dipercayai senjata tajam di beberapa bahagian badan termasuk putus pergelangan tangan kiri.

Ketika kejadian hanya ibu mereka sahaja yang ada di rumah dan tidak berdaya untuk berbuat apa-apa kerana terlantar sakit menderita kanser otak.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar ketika ditemui mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, siasatan masih dijalankan di lokasi kejadian. Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku sekitar  jam 9 pagi dan dipercayai dilakukan oleh seorang individu. Barangan yang hilang merupakan wang tunai.

Semoga keluarga arwah tabah menghadapi musibah yang berlaku dan diharap suspek akan ditangkap secepat mungkin serta dibawa kemuka pengadilan.

Apabila sifat perikemanusiaan semakin menghilang…

Semoga arwah adik Siti Nur Surya ditempatkan bersama para syuhada.

Al-fatihah.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments