Keindahan semulajadi Pos Kuala Mu, Sungai Siput

0

Pos Kuala Mu, Sungai Siput, Perak terletak di tanah tinggi Banjaran Titiwangsa yang dikelilingi oleh hutan hujan tropika malar hijau.

Pendakian dengan menaiki kenderaan (kereta, van, pacuan empat roda, motosikal) dengan ketinggian 600 hingga 700 meter dari aras laut mengambil masa lebih satu jam dari pekan Sungai Siput Utara.

Pos Kuala Mu, Sungai Siput adalah destinasi eko-pelancongan yang sangat menarik dengan nilai-nilai semulajadi yang unik.

 

Jika anda seorang pencinta alam, anda pasti menyukai tempat ini dan menghargai keindahan Pos Kuala Mu yang dipelihara dan dijaga baik oleh orang asal disini.

 

 

Chalet di Pos Kuala Mu mungkin tidak mempunyai ciri dan kemudahan mewah tetapi keunikan dan seni bina dari sumber hutan sepenuhnya seperti buluh dan bertam (tanaman dalam keluarga sawit yang tumbuh di hutan), nyata kedua-duanya berkait rapat dengan suku Temiar dan dikelompokkan dalam keluarga Senoi, iaitu etnik utama perkampungan orang asal yang suatu masa dahulu Suku Temiar hidup berpindah-randah.

 

Namun dengan perubahan zaman moden pada hari ini, suku kaum ini sudah hidup menetap kekal di sampung menikmati dengan pelbagai infrastruktur yang dibina oleh kerajaan seperti jalanraya ke Kuala Mu yang nyata telah membuka sumber rezeki baru terhadap masyarakat Temiar Kuala Mu.

Bercerita tentang chalet yang dinamakan Bersah Chalet, Dusun Chalet dan Perkhemahan Kampung Gapeh, chalet tiga beradik ini mula beroperasi pada tahun 2017 dan berjaya menarik kehadiran masyarakat di seluruh pelusuk negeri terutama pada hujung minggu mahupun musim cuti persekolahan.

 

Setiap chalet dilengkapi dengan lampu, tilam, selimut dan kelambu tetapi tidak ada plug eletrik pada dinding ya!

Namun, pengunjung boleh menggunakan kemudahan elektrik di dewan yang terletak bersebelahan kaunter pertanyaan dan pejabat pengurusan chalet.

 

Kemudahan bilik mandi dan tandas terletak di seberang jalan dan sudah tentu tidak jauh dari chalet berkenaan.

Sekiranya anda suka memasak, anda boleh melakukan aktiviti ini di luar chalet yang dilengkapi kemudahan air paip.

Barbeku sambil berborak bersama teman-teman? Ya, sudah tentu anda boleh melakukan aktiviti barbeku disini sambil mendengar deruan air terjun yang mendamaikan.

Selain tinggal di pondok yang disediakan, pengunjung juga diberi pilihan untuk tidur di dalam khemah atau tempat tidur gantung yang diikat pada batang pokok. Menarik dan unik!

Pos Kuala Mu Sungai Siput amat sesuai bagi individu yang menginginkan dan mencari tempat percutian yang tenang serta hampir dengan alam semula jadi.

Anda juga boleh melakukan aktiviti sendiri. Tetapi, jika anda datang bersama kumpulan yang ramai, cubalah aktiviti secara berpasukan juga ya!

Jangan risau, kedai runcit pun ada. Lebih mudah jika anda membawa sendiri makanan dan minuman sebagai bekalan percutian.

Sungguh indah ciptaan tuhan!

Tidak dapat digambarkan. Dengan struktur batuan, kesegaran serta kejernihan air terjun di Pos Kuala Mu Sungai Siput nyata mempesonakan!

Deruan bunyian air terjun seolah-olah memanggil-manggil pengunjung untuk berendam lama dan menikmati kesejukan air yang turun laju dari pergunungan. Sungguh asli!

 

Musim durian!!!
Seperti orang yang mengantuk disorongkan bantal, penduduk disini mempunyai kebun durian masing-masing ya.

Menjual hasil kebun seperti ‘raja buah’ tempatan ini , ianya merupakan antara punca rezeki masyarakat kampung disini.

Para pengunjung boleh merasai nikmat menjamu durian di dalam kebun dengan harga yang amat berpatutan dengan hidangan durian kampung yang fresh dari ladang!

Disini, terdapat beberapa buah kampung di Pos Kuala Mu iaitu Kampung Kuala Mu, Kampung Bersah, Kampung Toh, Kampung Gapeh Hilir dan Kampung Gapeh Hulu.

Moh le kite ke Pos Kuala Mu, Sungai Siput!

Ikuti Moh Kenei Perak di link berikut untuk tahu lebih lanjut mengenai keindahan panorama di Pos Kuala Mu, Sungai Siput.

https://youtu.be/2cOqEmQthRE

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply