Thursday, June 13, 2024
HomeBERITAJom cuba resipi mudah roti manis berlemak dan sangat lembut!

Jom cuba resipi mudah roti manis berlemak dan sangat lembut!

Tak ada idea untuk masak hidangan minum petang keluarga?

Kali ini kami kongsi resipi roti manis rasa berlemak dan sangat lembut. Yang pasti sangat sedap dimakan begitu sahaja, apatah lagi dicicah dengan kopi ‘o’ panas-panas yang sedikit pahit rasanya sambil menjamu mata menonton drama kesukaan.
Wow, pasti terangkat!

BAHAN-BAHAN :

  • 4 cawan tepung gandum
  • 2 sudu makan marjerin (boleh gantikan dengan minyak masak)
  • 1 paket yis (mauripan) 
  • 1/2 cawan air suam
  • 2 sudu makan susu pekat manis 
  • 1 sudu makan baking powder 
  • 1 biji telur
  • 2 sudu makan gula 
  • 1 sudu teh garam 

CARA MEMASAK :

1. Bancuh yis bersama air suam. Kacau dan biarkan hingga sedikit berbuih.

2. Dalam bekas berlainan, satukan semua bahan kecuali campuran yis. Gaul rata dan sebatikan.

3. Masukkan bancuhan yis dan uli sehingga doh tidak melekat di jari. Pastikan adunan tidak terlalu lembut.

4. Selepas diuli, perap doh selama 1 jam sehingga adunan menjadi kembang seperti dalam gambar di bawah.

5. Selepas 1 jam, tumbuk-tumbuk doh bagi membuang angin.

6. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan bentukkan mengikut bentuk yang diingini. Susun dalam tray atau loyang bersesuaian.

7. Sapu kuning telur diatas doh yang telah dibulatkan tadi.

8. Rehatkan doh sebentar sementara menunggu ketuhar dipanaskan.

9. Bakar roti menggunakan suhu 180 darjah celcius selama 30 minit. Jika suka roti yang lebih keperangan, tambahkan masa membakar namun jangan sampai roti menjadi hangus pula.

10. Keluarkan roti yang siap dibakar dan sapu sedikit marjerin dipermukaannya. Sedia untuk dinikmati.

Resipi dan foto ihsan dari laman Facebook Tempias Hawa.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments