Wednesday, July 10, 2024
HomeBERITAKeindahan Istana Syarqiyyah secantik maksud namanya

Keindahan Istana Syarqiyyah secantik maksud namanya

Istana Syarqiyyah yang memberi maksud ‘Permata Timur’ mula dibina pada tahun 2006 memiliki empat fasa pembinaan dan siap sepenuhnya pada tahun 2014.

Istana yang dahulunya dikenali sebagai Kompleks Istana Bukit Chendering merupakan istana terbaharu di Malaysia terletak di Bukit Chendering, Kuala Terengganu, Terengganu.

Nama baharu mula ditukar selepas mendapat persetujuan dan perkenan daripada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Menampilkan gabungan senibina tradisional Terengganu dan senibina islamik, istana ini dihiasi dengan lebih 5,000 lukisan unik yang merangkumi sehingga 9 meter panjang.

Istana seluas 160,000 kaki persegi mempunyai lebih 100 buah bilik yang memiliki rekabentuk berlainan bagi setiap satunya.

Tanah yang berkeluasan sehingga 865 ekar tersergam indah dengan pembinaan air pancut dan menara yang berada di sekitar taman.

Mempunyai dewan setinggi tiga tingkat bangunan, istana ini merupakan istana utama baginda sultan dan segala majlis rasmi akan berlangsung di istana berkenaan.

Di dalam kawasan istana ini juga terletaknya kediaman utama Istana Tuanku buat baginda sultan dan keluarga.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments