Monday, July 15, 2024
HomeBERITAKDNK negara berkembang 14.2 peratus, tertinggi di Asia Tenggara

KDNK negara berkembang 14.2 peratus, tertinggi di Asia Tenggara

Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan ekonomi Malaysia berkembang 14.2% pada suku ketiga 2022, dipacu pengembangan berterusan dalam permintaan domestik, pemulihan kukuh pasaran pekerja, eksport elektrik dan elektronik (E&E) serta bukan E&E yang teguh dan sokongan dasar berterusan.

Dilaporkan, pertumbuhan itu sebahagiannya didorong kesan asas rendah, berikutan langkah pembendungan ketat pada suku ketiga tahun lepas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ekonomi Malaysia meneruskan momentum pemulihan, merekodkan pertumbuhan KDNK yang lebih pesat sebanyak 14.2% pada suku ketiga 2022 (S3 2022) berbanding 8.9% pada suku kedua dan 5% pada suku pertama.

Pertumbuhan KDNK yang kukuh disumbangkan oleh permintaan dalam dan luar negara serta pasaran buruh yang memberangsangkan.

Pertumbuhan S3 2022 ini turut disokong oleh pelaksanaan langkah Bajet 2022 serta kesan limpahan daripada peralihan kepada fasa endemik yang mendorong aktiviti ekonomi dan sosial yang lebih rancak.

Beliau juga menyatakan peningkatan KDNK ini adalah bukti kejayaan kerajaan memacu pemulihan ekonomi pasca COVID-19 sekaligus membuktikan tuduhan tidak tepat bahawa kerajaan gagal membawa perubahan kepada ekonomi negara.

Katanya, peningkatan itu juga didorong pembukaan sektor ekonomi selaras peralihan ke fasa pandemik, di samping kejayaan memberangsangkan penggunaan sektor swasta dan pasaran buruh negara.

“Peningkatan 14.2% itu lebih pesat daripada suku kedua 8.9% dan suku pertama sebanyak 5%,” katanya selepas menghadiri program Moh Ngeteh bersama komuniti Orang Asli di Kampung Orang Asli Bongkok di sini.

“Begitu juga dengan kadar pengangguran yang terus menurun, iaitu 3.6% pada Sept lepas berbanding 4.6% pada Ogos 2021 (semasa beliau baru dilantik sebagai perdana menteri)”.

Beliau menambah, keyakinan pengguna ditunjukkan dengan jualan perdagangan borong dan runcit yang mencapai RM134 bilion untuk Sept 2022, iaitu peningkatan 23.9% berbanding RM108.1 bilion pada Sept tahun lepas.

“Sektor perniagaan semakin kukuh dengan jualan sektor pembuatan pada Sept 2022 sebanyak RM161.7 bilion, iaitu peningkatan 19.5% berbanding Sept 2021.

“Kerajaan sentiasa memantau perkembangan ekonomi global bagi memastikan impak besar kelembapan ekonomi tidak memberi kesan kepada negara,” ujarnya. – THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments