Monday, July 15, 2024
HomeBERITAMAHKAMAH“Kamu sepatutnya berhenti daripada bertanya soalan yang tiada hala tuju, tengok kamu...

“Kamu sepatutnya berhenti daripada bertanya soalan yang tiada hala tuju, tengok kamu akan dapat vertigo.” – Najib Razak

KUALA LUMPUR – Perbicaraan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd yang penuh drama, pertikaman lidah dan sindir-menyindir berakhir ceria hari ini.

Memetik laporan Berita Harian oleh wartawan Ahmad Johari Mohd Ali, dalam prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Datuk V Sithambaram meminta prosiding berakhir lebih awal kerana kurang sihat.

Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang membenarkan permintaan itu berkata, beliau berharap keadaan Sithambaram itu bukan disebabkan oleh tindakan salah seorang peguam Datuk Seri Najib Razak, Harvinderjit Singh.

Dalam prosiding semalam, Harvinderjit banyak kali membantah ketika Sithambaram menyoal bekas perdana menteri itu manakala Najib serta timbalan pendakwa raya itu juga sesekali bertikam lidah mengenai soalan dikemukakan pendakwaan.

Pada hari ini, Harvinderjit hadir di mahkamah beberapa minit lewat dan Sithambaram mengambil peluang dengan berkata, “Tengok, Harvinderjit dah sampai.”

Peguam itu pula membalas, “Relaks , okey?” dan kemudian dijawab Sithambaram, “Saya yang patut beritahu kamu begitu.”

Memetik laporan BH lagi, perbualan itu meredakan ketegangan di antara kedua-dua belah pihak dan prosiding berjalan dengan ‘aman’.

Pada waktu tengah hari, Sithambaram memohon prosiding dihentikan lebih awal dan apabila bicara ditangguhkan, Najib kemudian berkata kepada Sithambaram.

“Kamu sepatutnya berhenti daripada bertanya soalan yang tiada hala tuju, tengok kamu akan dapat vertigo.”

Kedua-dua mereka tertawa dan masing-masing mengucapkan selamat tahun baharu.

Foto : NSTP/Aswadi Alias

 

 

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments