Saturday, June 22, 2024
HomeBERITAKami kongsi teknik mudah membuka lemang

Kami kongsi teknik mudah membuka lemang

Aidilfitri bakal menjelma kurang seminggu sahaja lagi.

Pasti ramai yang sudah membuat perancangan memasak atau menempah makanan untuk disajikan pada hari kemenangan itu nanti.

Lemang dan ketupat merupakan sajian wajib setiap kali menyambut lebaran.

Sangat enak disajikan bersama rendang atau sambal.

Cuma, sesetengah dari kita kurang mahir untuk membuka atau ‘mengopak’ batang lemang dan perlulah berhati-hati apabila menggunakan senjata dapur yang tajam seperti pisau atau parang.

Menerusi perkongsian video di laman media sosial, kelihatan seorang wanita membuka lemang dengan teknik paling mudah, dengan hanya mengetuk batang lemang menggunakan anak lesung batu.

Kemudian kopak sahaja batang lemang dan isi lemang sudah boleh dikeluarkan.
Wah, mudahnya!

Jadi, anda di luar sana bolehlah mencuba cara ini. Tak perlu pisau atau parang lagi ya.

Cuma, jangan terketuk jari sendiri sudahlah ya, auchhh😅

Selamat mencuba!

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments