Friday, June 14, 2024
HomeBERITAAmalan berpuasa bagi pesakit diabetes mengikut saranan KKM

Amalan berpuasa bagi pesakit diabetes mengikut saranan KKM

Berpuasa dapat membantu mengawal gula dan kolesterol dalam darah jika diamalkan dengan betul.

Dan ini sudah tentu bermanfaat khusus bagi pesakit yang menghidapi diabetes atau kencing manis kerana dapat membantu mengekalkan paras gula di dalam darah sehingga mencapai kadar optimum.

Bagi penghidap diabetes yang berpuasa perlu mengikuti tip pemakanan yang sihat seperti mana yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sepanjang bulan Ramadan, pesakit diabetes tidak disarankan berbuka dengan makanan dan minuman manis serta mengandungi garam yang tinggi.

Sebaiknya utamakan pemakanan yang tinggi serat seperti sayur-sayuran dan amalkan pola pemakanan ‘suku-suku separuh’ serta minum air kosong secukupnya.

Pastikan makan secara sihat dan sederhana ketika bersahur dan berbuka puasa dengan mengamalkan konsep lewatkan bersahur dan segerakan berbuka.

Namun sekiranya anda mengalami pening, pusing kepala dan paras gula tidak terkawal secara berterusan ia adalah wajib untuk berbuka.

Sepanjang Ramadan juga jangan lupa ambil ubat dengan cara yang betul mengikut arahan pakar agar penyakit diabetes terkawal.

Selain itu, sentiasa awasi gejala penyakit dengan menguji paras gula dalam darah untuk mengelakkan hipoglisemia atau hiperglisemia.

Puasa, puasa juga tapi makan kena jaga!

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments