Bintang Bollywood, Kajol kelihatan menawan dan anggun ketika mengayakan Coco Tassel Sari dibadannya.
Sari berwarna koko beserta baju lengan panjang yang bercorak menjadi pilihan Kajol untuk acara promosi filem Tanhaji baru-baru ini.
Busana tradisional yang memukau itu merupakan hasil rekaan daripada pereka fesyen terkenal India iaitu Shivan & Narresh.
Ditatarias oleh Radhika Mehra, pelakon India itu mengenakan sepasang aksesori rantai dan anting-anting berwarna keemasan bagi menaikan lagi seri penampilannya.
Untuk menyesuaikan dengan busananya, Kajol mengoleskan lipstik bewarna ‘nude’ dengan pembayang mata berkilauan serta mengikat rambutnya ke belakang.

Leave a Reply