Saturday, May 25, 2024
HomeBERITAKadar biasiswa disemak semula - Annuar Musa

Kadar biasiswa disemak semula – Annuar Musa

KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Kadar biasiswa untuk semua pelajar di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar khususnya MARA sama ada di dalam dan luar negara akan disemak semula.

Jemaah menteri turut bersetuju melakukan semakan semula kadar biasiswa lain termasuk biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi memastikan kadar dinaikkan.

Menurut Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa, kerajaan yakin pelajar Malaysia yang terkesan inflasi perlu diberi perhatian.

“Jadi satu penyelarasan akan dibuat di antara kementerian-kementerian tapi apa yang telah disyorkan oleh KPLB bagi pelajar MARA itu telah pun diluluskan jemaah menteri, perinciannya kementerian-kementerian berkaitan yang akan buat pemakluman, saya hanya menyebut secara prinsip mengambil kira kos sara hidup pelajar dalam negara dan luar negara kabinet bersetuju untuk kadar biasiswa dinaikkan dan kemudiannya diselaraskan selain daripada MARA kerana ada lagi agensi kerajaan lain maka kerajaan bersetuju ianya diselaraskan,” katanya pada sidang media khas di Parlimen.

Tambahnya, tugas pasukannya semakin mencabar, laporan kadar inflasi negara diumum menteri di Jabatan Perdana Menteri akan dibedah siasat secara mendalam sebelum mengatur langkah susulan.

Beliau menegaskan, kawalan kadar inflasi perlu dilakukan secara komprehensif.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments