Saturday, June 15, 2024
HomePOLITIKKabinet Perikatan Nasional dijangka diumum Selasa - Zuraida

Kabinet Perikatan Nasional dijangka diumum Selasa – Zuraida

Oleh : Bernama

KUALA LUMPUR, 8 Mac : Kabinet Perikatan Nasional (PN) dijangka diumum pada Selasa ini, menurut Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin.

Memetik laporan Bernama, YB Zuraida turut menzahirkan harapan agar 30 peratus barisan Kabinet yang dipilih Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin terdiri daripada wanita agar dasar yang bakal digubal adalah mesra wanita.

“Ketika ini ada sembilan sahaja ahli Parlimen wanita dalam Perikatan Nasional. Jadi mungkin tidak mudah untuk capai 30 peratus (kuota).

“Ia memerlukan seorang wanita untuk memahami apa itu keperluan wanita. Namun, kuota 30 peratus (dalam Kabinet) itu boleh dicapai melalui lantikan seperti senator dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2020 anjuran Go Red For Women Yayasan Jantung Malaysia (YJM), siang tadi.

Tambahnya keyakinan bahawa Ahli Parlimen wanita di negara ini layak untuk berdiri seiring dalam barisan Kabinet baharu.

 

SourceBernama
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments