Saturday, October 19, 2024
HomeBERITAK-KOMM galak agensinya buat CSR

K-KOMM galak agensinya buat CSR

KOTA BHARU, 18 September – Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Bernama di Kampung Pasir Badak, Ketereh, di sini, amat bertepatan dengan saranan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM).

Ia supaya semua agensi di bawah kementerian itu mendekatkan perkhidmatan yang disediakan kepada rakyat.

Menterinya berkata perkhidmatan K-KOMM menjadi lebih berkesan sekiranya peranan setiap agensinya lebih dikenali dan difahami rakyat.

Katanya, bagi tujuan tersebut, semua agensi kementerian itu dikehendaki dan perlu memberi penekanan kepada soal penjenamaan dan pemasaran identiti masing-masing.

“Program yang dilaksanakan Bernama ini adalah satu inisiatif mendekatkan kepada rakyat yang sebelum ini mungkin beranggapan perkhidmatan agensi berita itu hanya berkisar kepada pemain industri media sahaja.

“Semua agensi K-KOMM seperti Bernama, MyCreative Ventures, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan lain-lain mesti mendekati rakyat dengan mengadakan program akar umbi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program CSR Bernama: Bekwoh Bersama Komuniti di Masjid Mukim Pasir Badak, yang turut
dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Bernama, Roslan Ariffin, di sini, hari ini.

Program CSR berkonsepkan bekwoh (kenduri besar) melibatkan 500 penduduk setempat bertujuan memperkenalkan serta mempromosi Bernama kepada masyarakat setempat dan pemegang taruh industri media mengenai kewujudan agensi berita itu, selain memperkenalkan perkhidmatan yang
disediakan secara menyeluruh.

Mengulas lanjut, Tan Sri Annuar, yang juga Ahli Parlimen Ketereh, berkata program CSR Bernama juga amat bertepatan dengan Konsep Keluarga Malaysia yang menjadi agenda penting kerajaan ketika ini.

“Pendekatan program hari ini kita rangka bagi memastikan agensi K-KOMM dekat dengan rakyat, pelaksanaan program seperti ini menambah kecaknaan dan kebaikan kepada rakyat kerana itu adalah refleksi kerajaan Keluarga Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Roslan berkata Bernama mengikuti rapat setiap acara, program dan majlis yang dianjurkan oleh K-KOMM seterusnya melaksanakan program sampingan bertujuan memperkenalkan agensi berita itu.

“Hari ini kita laksanakan program bekwoh membolehkan Bernama bersama komuniti lebih dekat, kita ambil peluang untuk bercerita atau memaklumkan kepada rakyat berhubung apa sahaja berkenaan program, fungsi, objektif supaya rakyat memahami keseluruhan bagaimana Bernama bergerak, berfungsi dan boleh membentuk dan membantu rakyat,” katanya.

Program CSR Bernama turut melibatkan kerjasama dengan Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) dan MYTV sebagai rakan strategik.

Mydin menyumbang sebanyak baucar bernilai RM5,000 yang diberikan kepada penduduk setempat yang terdiri daripada 50 keluarga asnaf yang terpilih masing-masing sebanyak RM100.

Kerjasama Bernama dan Mydin ini merupakan siri jelajah ketiga dalam rangka enam siri program Kasih@Bernama, pasar raya tersebut bersetuju untuk menyumbang RM30,000 berbentuk baucar keperluan harian kepada asnaf/pusat jagaan anak yatim dan pusat tahfiz yang terpilih.

Penglibatan MYTV selaku rakan strategik dalam program ini adalah bagi memberi sokongan kepada Bernama selaku salah satu rakan penyiar di platform MYTV.

Bagi menjayakan program CSR Bernama, MYTV telah menyumbang 100 unit dekoder untuk 100 buah rumah terpilih termasuk pemasangan percuma.

“Secara amnya kita ingin membantu kerajaan dalam memberi masyarakat pengalaman menonton TV dalam kualiti HD.

“Penglibatan dengan Bernama juga kerana kita ingin maklumkan kepada orang ramai bahawa MYTV sentiasa memberi sokongan dan menyediakan platform kepada penyedia kandungan,” katanya.

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments