Sunday, May 12, 2024
HomeBERITAEjen jualan kosmetik mungkin sudah dibawa ke Bangkok, sempadan Thailand-Myanmar - Polis

Ejen jualan kosmetik mungkin sudah dibawa ke Bangkok, sempadan Thailand-Myanmar – Polis

TUMPAT, 18 September – Polis Thailand percaya ejen jualan kosmetik Rosnazirah Mohd Naim yang didakwa dilarikan sekumpulan lelaki ke Thailand sudah dibawa lebih jauh hingga ke Bangkok ataupun sempadan Thailand-Myanmar.

Lapor media, pencarian itu dilakukan di banyak premis, termasuk chalet dan resort di sekitar Narathiwat yang dikenal pasti berpotensi dijadikan tempat persembunyian oleh suspek.

Sejak hari pertama kehilangan mangsa lagi, kami telah menjalankan operasi mengesan 24 jam tetapi setakat ini, pencarian belum berhasil.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.10 petang Selasa lalu, mangsa diculik dari kediamannya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, di sini, oleh sekumpulan lelaki.

Wanita itu dilarikan dengan menaiki kereta jenis Toyota Vios, dan terdapat penduduk mendakwa melihat mangsa dibawa menaiki bot ke Thailand.

Kereta terbabit kemudian ditemui kira-kira jam 10 malam hari sama di Kampung Kuala Jambu, Pengkalan Kubor.

Susulan itu, polis menahan tiga individu termasuk suami mangsa dan seorang wanita yang berusia 35 hingga 47 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 3(1) Akta Culik 1961.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments