Wednesday, May 15, 2024
HomeBERITAJustin Timberlake dan Alisha Wainwright berpegangan tangan minum di sebuah bar selepas...

Justin Timberlake dan Alisha Wainwright berpegangan tangan minum di sebuah bar selepas penggambaran filem baru berjudul Palmer

Gambar dan rakaman video Justin Timberlake dan pasangan filem, Alisha Wainwright mesra berpegangan tangan di sebuah bar mula bertebaran sejak akhir minggu lalu.

Penyanyi yang popular menerusi lagu The Cry Me A River ini merupakan suami kepada aktres Hollywood, Jessica Biel, dan merupakan bapa kepada anak lelaki, Silas yang berusia empat tahun.

Justin yang kelihatan tidak terurus menghabiskan masa bersama Alisha, di balkoni, The Absinthe House, New Orleans, Louisiana, Amerika Syarikat yang merupakan lokasi penggambaran filem baru mereka bertajuk Palmer.

Menjadi tanda tanya dan perbualan ramai apabila Justin kelihatan tidak memakai cincin perkahwinannya.

Justin dan Alisha membintangi filem berkenaan sebagai pasangan kekasih, cerita berkisarkan tentang bola sepak dilihat menghabiskan masa bersama di sudut balkoni dan kedua-duanya meminum minuman beralkohol.

Menjelang tengah malam, Justin dilihat memegang lengan pelakon terbabit sebelum dia dengan lembut meletakkan tangannya di lutut kanannya.

 

Pelakon terkenal melalui watak drama bersiri supernatural Shadowhunters sebagai Maia Roberts, turut kelihatan bersama dan berbual selama 40 minit.

Saksi menyatakan mereka meninggalkan bar melalui pintu belakang pada kira-kira jam 12.30 pagi.

Justin cuba menyorok identitinya dengan memakai topi baseball, berseluar jeans dan memakai jaket.

Walaupun penyanyi Sexy Back tidak kelihatan memakai cincin perkahwinannya pada malam itu, namun dia dilihat memakainya kembali pada awal minggu ini.

Mungkin dia tidak memakai cincin perkahwinan ketika penggambaran filem yang tidak memerlukan pelakon memakai barangan kemas peribadi.

Bekas ahli kumpulan, NYSNC telah berkahwin dengan Jessica Biel mula bercinta pada tahun 2007 dan berkahwin pada Oktober 2012.

Perhubungan mereka pernah berantakan apabila timbul gosip dan khabar angin mengatakan Justin menjalinkan hubungan mesra bersama aktress Olivia Munn.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments