Thursday, September 5, 2024
HomeBERITAGurauan Che Ta di ruangan komen Instagram, menjawab teka-teki hubungan Nazim Othman...

Gurauan Che Ta di ruangan komen Instagram, menjawab teka-teki hubungan Nazim Othman dan Fatin Afeefa

Netizen mula berteka-teki hubungan di antara pelakon Nazim Othman dan Faten Afeefa apabila mereka bergambar bersama.

Nazim yang telah memuat naik foto mereka berdua di laman Instagram ketika menghadiri majlis penerimaan anugerah.

Mereka berdua kelihatan sungguh sepadan dan pelakon jelita, Rozita Che Wan turut mengusik mereka di ruangan komen foto berkenaan.

“Betui laaaa gosip tu ????” usik Rozita Che Wan dan kemudian dibalas oleh Nazim yang masih lagi cuba untuk menafikan hubungannya dengan Fatin Afeefa.

“Mother, please behave ok? ????”, balas Nazim Othman pula.

Para pengikut dan peminat Nazim mula berasa seronok dengan perkembangan pasangan ini dan menurut mereka, biarlah gambar yang berbicara meskipun pasangan masih menafikan hubungan mesra yang terjalin.

Sebelum ini, Nazim dan Faten Afeefa sering berkongsi video ‘cover’ duet nyanyian mereka berdua dan Nazim Othman juga pernah berkongsi gambarnya bersama anak sulong Fatin Afeefa

Semoga hubungan teman tapi mesra yang terjalin di antara kedua-dua pelakon yang berstatus ‘single’ ini membawa ke fasa yang lebih serius.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments