Tuesday, May 21, 2024
HomeBERITAJualan Murah Keluarga Malaysia tawar harga murah dalam talian mulai Sabtu ini

Jualan Murah Keluarga Malaysia tawar harga murah dalam talian mulai Sabtu ini

KUALA LUMPUR, 1 Sept – Mulai Sabtu ini, kerajaan akan melaksanakan program Jualan Murah Keluarga Malaysia @ DE-Dagang, yang membolehkan rakyat membeli barangan pada harga lebih murah secara dalam talian.

Program itu dikendalikan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dengan kerjasama 17 platform e-dagang terpilih dari luar negara dan tempatan.

Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa, berkata program itu memberikan diskaun pembelian secara dalam talian akan berlangsung selama empat bulan, bermula akan bermula Sabtu ini hingga Disember depan,.

Sebanyak RM300 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan program ini.

Katanya, program berkenaan tidak tertumpu kepada jualan barangan basah sahaja, sebaliknya diperluaskan pada perkhidmatan lain yang membabitkan perbelanjaan rakyat.

Ia termasuk pelancongan, produk kraf, halal, pertanian dan barangan Malaysia yang ingin dijual ke luar negara.

“Ertinya, mereka yang ingin buat pembelian perlu masukkan maklumat kad pengenalan untuk setiap transaksi bagi mengelakkan ia disalah guna.

“Pembeli juga akan mendapat baucar 20 peratus diskaun bagi barangan dibeli yang dihadkan kepada satu transaksi dan selepas dipecahkan kepada beberapa segmen, ia akan memberi manfaat (dianggarkan) lebih kurang 120 juta transaksi dalam tempoh sebulan membabitkan keluarga, pembeli dan pengguna,” katanya pada sidang media Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, yang bermesyuarat hari ini.

Mesyuarat itu turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed serta Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.

Mengulas lanjut, Tan Sri Annuar berkata, program itu adalah kesinambungan daripada Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (PJMKM), Jualan Murah Rangkaian Koperasi dan Jualan Murah @ Kampus.

Selain itu, beliau berkata, pasukan itu juga akan mengambil langkah proaktif bagi menangani isu inflasi yang didepani rakyat, membabitkan pelbagai aspek lain dan bukan kenaikan harga barangan makanan semata-mata.

Beliau berkata, berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), terdapat 15 item berwajaran tinggi yang menyumbang kepada inflasi dan membebankan rakyat, termasuk kos pengangkutan dan perumahan.

“15 item itu adalah bayaran sewa rumah teres, petrol tanpa plumbum (RON95), bayaran sewa rumah sebuah, bil elektrik, kos bagi nasi campur, kad prabayar, rokok, bayaran sewa rumah, makanan berasaskan mi, langganan ASTRO, bayaran sewa rumah pangsapuri dan kondominium, harga ayam goreng, harga ayam segar dan insuran kenderaan.

“Kita bersama DOSM akan lihat aspek ini dan menggariskan apakah tindakan yang boleh diambil, termasuk dari segi advokasi.

“Banyak kerja boleh kita lakukan dan akan buat supaya keberkesanan jawatankuasa ini dapat dipertingkatkan dan mengambil kira semua aspek ini,” katanya.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments