Friday, July 26, 2024
HomeBERITAJPN nafi terlibat Program Permohonan Kewarganegaraan

JPN nafi terlibat Program Permohonan Kewarganegaraan

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak terlibat dengan Program Permohonan Kewarganegaraan yang tular di laman Facebook mulai semalam.

Menurut kenyataan media JPN, program itu bukan anjuran bersama JPN, malah jabatan tersebut tidak menerima sebarang jemputan ke program berkenaan.

Jelas JPN, sebarang permohonan berkaitan kewarganegaraan hanya boleh dibuat di kaunter pejabat JPN sahaja dengan kehadiran pemohon.

“JPN sentiasa menegaskan penganugerahan taraf kewarganegaraan merupakan anugerah tertinggi oleh kerajaan Malaysia kepada mereka yang benar-benar layak dan memenuhi syarat.

“Proses yang dilaksanakan oleh kerajaan tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan dan selari dengan undang-undang yang berkuat kuasa bagi memastikan kedaulatan dan keselamatan negara terjamin,” katanya dalam kenyataan media.

Terdahulu, media melaporkan, poster Program Permohonan Kewarganegaraan dengan wajah beberapa orang pemimpin DAP tular di laman Facebook hari ini.

Difahamkan, program tersebut dijadual berlangsung di Plaza Sentosa, Johor Bahru pada pukul 1.30 petang hingga 5.30 petang, 30 Jun lalu.

Dalam pada itu, turut tular satu lagi poster mengenai program hampir serupa yang bakal dijalankan pada pukul 9.30 pagi sehingga 12 tengah hari di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bagan, esok.

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments