Tuesday, July 16, 2024
HomeBERITAJom lakukan kebaikan! Kecil di mata, besar di hati

Jom lakukan kebaikan! Kecil di mata, besar di hati

Menghulurkan bantuan bukan sahaja dalam bentuk sumbangan barangan mahupun wang malah ia boleh dilakukan dalam pelbagai cara dan kaedah.

Dikala negara menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mungkin terdapat segelintir pihak sedang melalui fasa kesusahan serta memerlukan bantuan.

Mengambil kira situasi dan keadaan sekarang, ia turut membuka ruang dan peluang kepada semua pihak untuk melakukan kebaikan dengan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Antara kaedah bantuan yang boleh diberikan ialah dengan membantu mengambil pesanan pembelian barangan keperluan asas dari jiran-jiran terutamanya dikalangan warga tua.

Warga emas sangat berisiko dan tidak digalakkan keluar dari rumah dan bersesak di pasar.

Selain itu, membantu menyediakan air minuman terutamanya kepada pihak barisan hadapan serta menghulurkan sedikit sedekah kepada pekerja di sektor pembersihan, pengangkat sampah dan juga pekerja sokongan yang lain.

Mereka di antara golongan penting yang sedang bertungkus-lumus menjalani tugas dalam membantu negara mengatasi krisis pandemik COVID-19.

Bahkan, jangan kita lupa pada makhluk bernyawa lain seperti kucing dan anjing berkeliaran dengan memberi binatang-binatang terbiar ini makan.

Sekiranya anda tinggal di kawasan perumahan seperti pangsapuri dan flat, anda perlu sentiasa melakukan disinfeksi ke atas permukaan yang senang dijangkiti antaranya seperti tombol pintu dan butang lif selepas digunakan.

Pertolongan ini mungkin nampak kecil dan remeh tetapi manfaatnya kepada golongan yang menerima adalah sangat besar.

Jom lakukan kebaikan!

Mungkin ada sesetengah pihak mengambil peluang kini untuk menjana keuntungan dan kekayaan, namun Situasi kini turut…

Dikirim oleh Public Health Malaysia pada Sabtu, 04 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments