Tuesday, July 16, 2024
HomeBERITABelajar melalui televisyen! Siaran TV pendidikan di saluran RTM, TV Okey

Belajar melalui televisyen! Siaran TV pendidikan di saluran RTM, TV Okey

Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan pastinya kanak-kanak sekolah akan terleka mengenai pembelajaran ketika berada di rumah.

Sedikit sebanyak kempen #stayathome memberi kesan besar terhadap pembelajaran para pelajar sekolah rendah mahupun menengah.

Seolah-olah faham dan sedia maklum akan situasi ini, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia tetap mencari inisiatif bagi memberi pendedahan pembelajaran dan pengajaran terhadap para pelajar sekolah.

Atas dasar itu, pihak pendidikan telah mengetengahkan kaedah sesi pembelajaran melalui saluran baharu RTM, TV Okey.

Ini berikutan penyambungan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah pun memasuki fasa kedua.

Memetik perkongsian dari laman Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia, langkah berkenaan dilakukan bagi memberi kemudahan khususnya kepada pelajar yang tidak mempunyai akses internet sebagai ruang yang luas untuk mereka mendapat pendidikan sewajarnya sepanjang tempoh PKP.

“Sesi pembelajaran melalui televisyen pendidikan itu menawarkan siri latihan kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan selain membantu guru menentukan kaedah menyampaikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan sepanjang tempoh ini,” ujar pihak terbabit.

Sesi pembelajaran berkenaan disiarkan menerusi TV Okey, RTM bermula 6 April selama dua jam setiap hari sepanjang tempoh PKP.

SIARAN TV PENDIDIKAN KEMBALI MENEMUI ADIK-ADIKBakal disiarkan menerusi TV Okey RTM bermula 6 April 2020 ini selama dua…

Dikirim oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada Sabtu, 04 April 2020

–THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments