Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAJom cuba kopi Kurma

Jom cuba kopi Kurma

Kurma adalah sejenis makanan sunnah yang tinggi antioksidan dan khasiat.

Anda boleh menikmatinya segar dari pokok atau dengan kaedah pengeringan.

Ada juga menyajikannya dalam bentuk masakan mahupun minuman.

Tahukah anda, biji kurma juga ada manfaatnya.

Menerusi perkongsian video oleh Zulkifli Abdul Rani menunjukkan cara penyediaan biji kurma untuk menghasilkan serbuk minuman seperti kopi.

Apa yang perlu dilakukan ialah basuh bersih biji kurma dan keringkan.

Kemudian panggang dalam ketuhar pembakar.

Selepas itu, kisar kering biji kurma itu hingga menjadi serbuk. Dah siap!

Kemudian, bancuhlah ia dengan menambah gula, susu atau krimer mengikut seleramu.

Wah! Menarik kan? Jom cuba.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments