Saturday, November 21, 2026
HomeBERITA'Jangan tidur lama-lama ye sayang' - luahan Shuib buat Sarah

‘Jangan tidur lama-lama ye sayang’ – luahan Shuib buat Sarah

“Ayash Affan dah buka mata, kaki dah tendang-tendang, tangan dah gerak. Alhamdulillah.

“Sayang, I tahu u dah buat yang terbaik dan fight sampai anak kita selamat dilahirkan. Sekarang u penat dan sedang tidur.

“Tapi jangan tidur lama-lama ye sayang. Anak-anak dan family rindu dan menunggu di rumah. Kuatkan semangat dan buka mata. Love u sayang…”

Sebak rasanya membaca luahan hati pelakon dan usahawan Shuib berhubung keadaan terkini isterinya, Siti Sarah yang masih belum sedarkan diri di Unit Rawatan Rapi, HUKM.

Perasaan bercampur aduk menanti berita isteri yang masih bertarung nyawa, hanya bekalan doa yang mampu dipanjatkan.

Terdahulu, Siti Sarah dilaporkan selamat menjalani pembedahan melahirkan bayi ke empat petang semalam selepas ditidurkan berikutan tahap oksigen yang menurun dan tidak stabil.

Siti Sarah dan Shuib termasuk tiga orang anak disahkan positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu selepas menerima jangkitan daripada pembantu rumah mereka yang positif.

Shuib menerusi platform Instagram peribadinya berkongsi keadaan isteri semakin stabil namun masih belum sedarkan diri.

Shuib memohon agar pengikut mendoakan kesembuhan dan kesihatan isteri dan anaknya serta mendoakan pembaca perkara yang sama.

Laman komen Instagram Shuib terus dibanjiri kata-kata semangat dan doa dari pengikut termasuklah rakan seperjuangan seni.

Semoga Shuib sekeluarga terus tabah dan optimis. Kami warga kerja The Malaya Post mendoakan agar penantian kita diakhiri dengan kesembuhan buat Siti Sarah Raissuddin. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments