Wednesday, June 19, 2024
HomeBERITAJika tiada peningkatan kes, sektor khas dibenar beroperasi

Jika tiada peningkatan kes, sektor khas dibenar beroperasi

Setakat ini kerajaan masih tidak membenarkan kedai gunting rambut beroperasi kerana terdapat laporan di Jepun dan Amerika Syarikat berkaitan dengan jangkitan COVID-19 di kalangan penggunting dan pelanggan..

Walau bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini sedang memantau perkara ini dengan teliti sebelum ia dibenarkan beroperasi secara berperingkat.

“Berhubung kelonggaran beberapa sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), KKM akan sentiasa memantau perkembangan kes COVID-19 sama ada terdapat peningkatan ataupun tidak dalam tempoh dua minggu.

“Sekiranya tiada peningkatan dan kes menurun kemungkinan kerajaan akan membuka beberapa sektor lagi termasuklah sektor khas dalam bidang gunting rambut selaras pematuhan SOP KKM.

“Justeru kita akan memantau terlebih dahulu sebelum membuat keputusan dan mengumumkan dalam tempoh terdekat,” kata beliau dalam sidang media COVID-19 harian.

Kedai Gunting Rambut masih belum dibenarkan beroperasi, kerana ada laporan daripada negara Jepun dan Amerika Syarikat…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Kamis, 07 Mei 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments