Sunday, June 16, 2024
HomeBERITAIndividu yang punya permit perjalanan antara negeri dibenar pulang dengan pengangkutan awam...

Individu yang punya permit perjalanan antara negeri dibenar pulang dengan pengangkutan awam darat, menunggang motosikal

Berdasarkan pemerhatian dan kajian kenderaan di lebuh raya ketika pergerakan pulang antara negeri berjalan dengan lancar, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat keputusan untuk membenarkan pergerakan pulang menggunakan pengangkutan awam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, CP Dato’ Huzir Mohamed berkata setelah mempertimbangkan situasi, PDRM bersetuju membenarkan penggunaan pengangkutan awam darat kepada individu dan penunggang motosikal yang mempunyai permit sah perjalanan daripada pihak berkuasa.

Beliau berkata, kelonggaran ini hanyalah diberikan kepada individu yang mendapat kelulusan pergerakan antara negeri daripada PDRM melalui aplikasi Gerak Malaysia atau secara manual dari balai polis yang berhampiran sahaja.

“Kebenaran pergerakan antara negeri ini hanyalah untuk orang ramai yang terkandas di kampung yang berkeinginan untuk kembali ke kediaman masing-masing atau mereka yang pergi dan balik bekerja sahaja.

“Individu yang telah mendapat kelulusan hendaklah bertolak mengikut jadual yang ditetapkan oleh PDRM.

“PDRM sekali lagi mengingatkan orang ramai agar sentiasa menjaga keselamatan diri serta mengamalkan penjarakan sosial sepanjang masa,” kata CP Dato’ Huzir dalam satu kenyataan media.

Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )#PKPB #COVID19 #GerakMalaysiaKENYATAAN MEDIA PENGARAH JABATAN…

Dikirim oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia pada Kamis, 07 Mei 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments