Monday, July 15, 2024
HomeBERITAJika mampu menyanyi dengan baik, masakan tidak mampu untuk mengalunkan azan dengan...

Jika mampu menyanyi dengan baik, masakan tidak mampu untuk mengalunkan azan dengan baik juga – Hady Mirza

Baru baru ini tular di media sosial berkenaan video juara Gegar Vaganza 2019 (GV2019) Hady Mirza ketika berada di sebuah majlis di Singapura.

Video berdurasi 03.58 minit itu memperlihatkan penyanyi terbabit sedang melaungkan azan dengan suara yang cukup lunak dan merdu persis azan di kota suci Makkah.

Menurut Hady, video berkenaan sudah lama dan ianya dirakam pada tahun akhir 2018 disebuah acara yang dikunjunginya di Singapura.

Tambahnya, orang ramai dan krew akan memintanya untuk melaungkan azan sebelum bermulanya sesebuah acara malah ianya sudah pun menjadi kebiasaan disana.

Tambahnya lagi, dia memang selesa untuk melaungkan azan setiap kali diminta berbuat demikian pada setiap acara atau majlis di Singapura.

Malahan dengan melaungkan azan, ianya mampu mengubati kerinduannya terhadap kemerduan dan gemersiknya azan di Makkah dan Madinah.

Menurut Hady lagi, dia sudahpun mengerjakan umrah sebanyak lebih empat kali dan setiap kali dia mendengar azan, ianya terus meresap ke jiwanya.

Maka tidak hairanlah jika dia mampu mengalunkan azan dengan baik dan merdu.

Tambah Hady, dia banyak mempelajari ilmu agama daripada rakan-rakan yang bergelar ustaz. Malah dia turut belajar mengaji dan dia dapat mengetahui taranum dengan dengan betul.

Dengan pengetahuan tambahan, dia mengaplikasikan ilmunya untuk digunakan dalam nyanyian.

Dia percaya sebagai pemuzik, pengetahuan mengenai intonasi dan lenggok dalam nyanyian amat penting.

Di akhir temu bual, Hady turut berkata jika dia mampu menyanyi dengan baik, masakan dia tidak mampu untuk mengalunkan azan dengan baik juga.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments