Tuesday, May 28, 2024
HomeBERITAJemaah Menteri akan bincang titah Agong - PM

Jemaah Menteri akan bincang titah Agong – PM

Jemaah Menteri akan mengadakan perbincangan lanjut susulan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah tiada keperluan mengisytiharkan darurat dalam negara.

Dalam satu kenyataan media, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyambut baik nasihat supaya kestabilan kerajaan tidak diganggu-gugat serta menjunjung kasih di atas kepercayaan baginda terhadap pimpinan Kerajaan Perikatan Nasional.

“Jemaah Menteri mengambil maklum kenyataan Istana Negara mengenai pendapat KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong bahawa tiada keperluan buat masa ini untuk Seri Paduka Baginda mengisytiharkan darurat di negara ini atau mana-mana bahagian di Malaysia.

“Jemaah Menteri akan berbincang dengan lebih lanjut akan titah Seri Paduka Baginda Tuanku. Keutamaan Jemaah Menteri dan Kerajaan pada masa ini ialah untuk melindungi rakyat daripada wabak COVID-19,” ujar beliau.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments