Thursday, June 20, 2024
HomeBERITACOVID-19 : 1,240 kes baharu, tujuh kematian direkodkan hari ini

COVID-19 : 1,240 kes baharu, tujuh kematian direkodkan hari ini

Sejumlah 1,240 kes baharu positif COVID-19 membabitkan kes tempatan direkodkan hari ini (26 Oktober).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif dalam negara adalah sebanyak 27,805 kes.

Jumlah pesakit discaj adalah 691 orang dan ini menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj sejumlah 17,825 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 9,744 orang, 94 pesakit berada di ICU manakala 31 pesakit dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dalam pada itu, dukacita dimaklumkan tujuh kematian baharu dicatatkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 236 kes.

Salam takziah buat ahli keluarga mangsa.

#StayAtHome

#BreaktheChain

#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

SourceKKM
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments