Program amal dan kemasyarakatan, Jom Cuci Masjid (JCM) menghampiri kemuncaknya bagi 2024 apabila memilih Masjid Felda Sendayan, Seremban, Kampong Felda Sendayan, lokasi kedua terakhir bagi kalender 2024.
Sekaligus ini aktiviti kali ke-7 bagi tahun ini serta aktiviti ke-53 secara keseluruhan sejak dimulakan lebih 10 tahun yang lalu.
Pada Ahad lalu, seawal 7 pagi, peserta “Jom Cuci Masjid” (JCM), sudah berkumpul di Masjid Sri Sendayan, Bandar Sri Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan untuk memulakan program.
Kira-kira jam 9 pagi, peserta dan Bikers, dilepaskan dalam upacara “Flag Off” di Perkarangan Pintu Masuk Masjid Sri Sendayan.
Masjid ini turut dikenali sebagai masjid pelancongan kerana seni reka serta lanskapnya yang indah.

Menurut Presiden Kazuko Bikers, Datuk Seri Noorha Wisma (NW) Hisham Abdul Wahab, lebih banyak pembangunan akan dan sedang dirancang bagi memastikan masjid ini terus menerima kunjungan daripada penduduk tempatan mahu pun sebagai lokasi pelancongan.
“Kami turut memikirkan untuk mendirikan beberapa kios berhampiran masjid ini. Ada permintaan pelancong mahupun pengunjung yang mahukan kami menjual cenderahati sebagai kenangan, datang ke sini” tambahnya lagi.
Seterusnya, peserta dilepaskan dari sini menuju ke lokasi JCM kali ke-53.
Mereka tiba di Masjid Felda Sendayan, Kampung Felda Sendayan, Seremban, kira-kira jam 11 pagi.
Setibanya di lokasi, mereka dihidangkan dengan sarapan istimewa, “Nasi Lemak” yang diberi nama Nasi Lomak Omak Den”.
Selesai bersarapan, peserta menunaikan Solat Dhuha berjemaah.
Selesai, kerja membersih perkarangan masjid bermula.

Di sini, turut diadakan program “Bicara Santai” yang dikendalikan oleh Ustaz Hanafiah Abdul Malek yang juga Penasihat Sifu Bikerz.
Kali ini, tetamu undangan adalah Datuk Seri NW Hisham Wahab, Presiden Kazuko Bikers.

Selesai acara ini, peserta menunaikan solat zohor berjemaah di Masjid Felda Sendayan, Seremban.
Selesai solat, mereka makan tengahari “Rendang Ayam dan Lomak Labu”.

Selepas itu, ucapan wakil Masjid Felda Sendayan, Seremban, dikutiucapan Datuk Seri NW Hisham Wahab.
Tidak ketinggalan, ucapan wakil Persatuan JCM.
Pada penghujung program, JCM turut menyerahkan beras dan barang keperluan asas sumbangan Pertubuhan Kebajikan RichWell kepada wakil khariah masjid ini.–THE MALAYA POST
*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.
https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply