Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAGaji minimum RM2,500-RM3,000 tarik pelajar ke bidang kejuruteraan

Gaji minimum RM2,500-RM3,000 tarik pelajar ke bidang kejuruteraan

PUTRAJAYA, 28 Nov – Kerajaan dicadang mewujudkan ‘dasar gaji minimum graduan kejuruteraan’ bagi mengatasi isu ketidakpadanan golongan itu dalam pasaran pekerjaan.

Menurut Penolong Pendaftar di Universiti Teknikal Melaka, UTeM, Mohd Haziq Mazlan ketika ditemui di Festival Idea Putrajaya 2024, gaji bulanan seorang jurutera bermula RM2,500 hingga RM3,000 dilihat wajar dalam industri dalam usaha menarik minat golongan muda memilih bidang itu.

Mohd Haziq Mazlan, Penolonh Pendaftar di Universiti Teknikal Melaka, UTeM – THE MALAYA POST

“Kita hendak tingkatkan (gaji) permulaan RM2,500 hingga RM3,000 minimum supaya kita dapat menarik minat pelajar untuk menceburi bidang berkaitan kejuruteraan.

“Kita minta supaya pemain industri dan syarikat swasta dapat melihat perkara ini dan bantu kerajaan supaya memastikan kadar gaji dapat ditingkatkan. Sudah terlalu lama kadar gaji ini terhenti sekitar RM2,000 sahaja,” katanya ketika ditemui di Festival Idea Putrajaya 2024 di PICC.

Sementara itu, penuntut jurusan Sains Pembangunan Sumber Manusia, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia Nor Salikin Izuddin Mansor, percaya kadar gaji yang rendah menjadi keluhan ramai anak muda di platform media sosial sekali gus menyebabkan ada golongan belia tidak melihat potensi bidang itu selain memilih pekerjaan tidak berkaitan meskipun berlatarbelakangkan pendidikan kejuruteraan.

Apapun tambahnya, langkah kerajaan menaikkan gaji penjawat awam baru-baru ini juga merupakan satu daripada strategi bagi mendorong pihak swasta membuat tindakan sama terhadap pekerja masing-masing.

Dalam pada itu, seorang penuntut Universiti Malaysia Kelantan, Norazashah Malik pula menyeru Kerajaan agar mengkaji mekanisme ketidakpadanan pekerjaan yang selari dengan kelulusan pelajar.

Norazashah binti Malik, penuntut Universiti Malaysia Kelantan. – THE MALAYA POST

Katanya, ia penting supaya kemahiran dan pengetahuan pelajar dapat dikembangkan untuk meningkatkan daya saing dalam pasaran kerja, sejajar dengan kelulusan yang dimiliki.

“Ini sebenarnya hasrat Perdana Menteri dan Kerajaan Madani supaya keseimbangan itu berlaku. Kalau tidak kita akan kehilangan bakat-bakat ke luar negara seperti yang kita hadapi sebelum ini,” katanya.

Dalam pada itu, semalam Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, turut mengumumkan bahawa Karnival Kerjaya MADANI yang berlangsung sempena festival itu menawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja dari pelbagai peringkat.

“… bawa dokumen-dokumen penting kerana temu duga akan diadakan terus sempena Festival Idea ini,” katanya kepada pemberita selepas meninjau persediaan Putrajaya FOI di sini hari ini.

Putrajaya FOI yang julung kali diadakan itu menghimpunkan lebih 80 pemimpin, pakar bidang, ahli akademik dan industri dalam pentas forum dan sidang selari menerusi Sidang Idea Malaysia (MyIDEAS).

Festival Idea Putrajaya (Putrajaya FOI) 2024 masuk hari kedua hari ini berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) menyasarkan kehadiran lebih 250,000 pengunjung.

–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments