Sunday, May 19, 2024
HomeBERITAJam tangan Perdana Menteri curi tumpuan umum

Jam tangan Perdana Menteri curi tumpuan umum

Jika dahulu tular usikan nakal netizen yang menyamakan koleksi baju Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan aneka kueh tradisional.

Terbaharu jam tangan celoreng yang dipakai Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri ketika menghadiri satu program mencuri perhatian umum termasuk pelakon Datuk Aaron Aziz.

Datuk Aaron menerusi hantaran di Instagram meminta bantuan pengikutnya untuk mengenal pasti jenama jam tangan digayakan Datuk Seri Ismail itu

“Abang nak tanya sikit. Siapa tahu ini jam apa Perdana Menteri pakai? Korang kan tahu kurta abang ‘camo’ (camouflage – celoreng), beg abang ‘camo’ sampai isteri punya tudung pun ‘camo’. Tengah menahan sakit di hospital tiba-tiba nampak jam Datuk Seri Ismail Sabri pakai. Bergaya pula kan,” tulisnya.

Pengikutnya mendedahkan jam tangan yang dipakai Datuk Seri Ismail adalah model G-Shock dari jenama Casio bernilai RM 400.

“Casio G-Shock GA-700CM,” tulis seorang pengikutnya.

“G-Shock Camouflage hijau kalau tak silap. Moga cepat sembuh Aaron. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan,” kata seorang pengikut lagi.

“Mohon PM hadiahkan abang jam sempena merdeka,” kongsi seorang lagi pengikut.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments