Ibu kepada penyanyi Jennifer Lopez, Guadalupe Rodríguez muncul sebagai cameo untuk iklan terbaharu arahan pengarah dan pelakon popular Ben Affleck.
Selain Lupe, iklan itu turut menampilkan Ben Affeck sebagai teraju utama di samping Shaquille O’Neal dan Melvin Gregg dan ia mula ditayangkan Isnin lalu.

Terdahulu bintang Hollywood sensasi, Jennifer Lopez (JLo), 52, dan Ben Affleck, 49 menghidupkan semula api cinta masa lalu apabila dilaporkan kembali menjalinkan hubungan selepas 17 tahun berpisah.

Majalah People melaporkan, JLo dan Affleck banyak menghabiskan masa bersama sejak bintang sensasi itu memutuskan pertunangan dengan bekas pemain besbol pasukan New York Yankees, Alex Rodriguez.

Bukan sekadar banyak menghabiskan masa bersama, malah sumber rapat JLo mendedahkan kepada Majalah People, pasangan mahu membangunkan semula hubungan cinta yang pernah terkandas.

–THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply