Saturday, November 21, 2026
HomeBERITA“Jaga Jebat elok-elok naa...” Sharnaaz Ahmad ucap tahniah pada Nabila dan Engku...

“Jaga Jebat elok-elok naa…” Sharnaaz Ahmad ucap tahniah pada Nabila dan Engku Emran

“Selamat pengantin baru Nabila dan Emran. Semoga berbahagia ke anak cucu. Jaga Jebat elok-elok naa…”

Demikian ucapan pelakon dan pengacara Sharnaaz Ahmad menerusi platform media sosial Instagram peribadinya, dituju khas buat bekas isteri yang juga kakak kepada pelakon dan usahawan Neelofa, Noor Nabila Mohd Noor setelah selamat bergelar isteri pagi tadi.

 

Suami Nabila, Engku Emran seorang usahawan dilapor menyerahkan sebentuk cincin kepada Noor Nabila sebagai mas kahwin dalam sebuah majlis pernikahan yang dilakukan secara tertutup di Kuala Lumpur.

Neelofa turut dilihat berkongsi video akad nikah kakaknya itu di ‘Instagram story’ peribadinya hari ini, menjawab teka-teki hubungan pasangan ini yang tidak diketahui sejauh mana kebenarannya.

Untuk rekod, Engku Emran, 46, pernah bernikah dengan pelakon, penyanyi dan bekas ratu, Erra fazira dan dikurniakan seorang cahayamata perempuan bernama Engku Aleesya, namun jodoh tidak lama.

Kemudiannya, Engku Emran bernikah dengan pelakon cantik dari seberang, Laudya Cynthia Bella, turut menemui titik pengakhiran selepas dua tahun bersama.

Sementara itu, Nabila mempunyai seorang cahayamata lelaki ketika perkahwinan terdahulu bersama Sharnaaz iaitu Jebat Jayden, 3 tahun.

Perkongsian Sharnaaz itu menerima maklum balas pengikut yang rata-rata bersimpati dengannya dan mendoakan agar dia akan bertemu jodoh dan berbahagia seperti pasangan lain ❤️

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments