Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan 1,576 kes baharu menjadikan kes kumulatif meningkat kepada 330,042 kes membabitkan 1,576 kes tempatan dan 11 kes import.
Jumlah pesakit discaj pula seramai 1,996 orang dan ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 314,457 kes (95.28%).
Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 14,360 orang (4.35%) manakala 151 pesakit berada di ICU dan 57 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.
Dua kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 1,225 kes (0.37%).
Orang awam dinasihatkan agar mematuhi arahan PKP yang terkini.
Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!
#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply