Saturday, May 25, 2024
HomeBERITAJ.Lo tampil dengan potongan rambut baru

J.Lo tampil dengan potongan rambut baru

Kami tidak menjangkakan apa-apa yang kurang daripada gegaran persembahan Jennifer Lopez semasa persembahan di pertandingan Super Bowl yang akan datang dan kami tetap mengekalkan ‘glam’ Super Bowl dengan piawaian atau standard yang sama.

Tetapi sebelum kita dapat berkumpul di hadapan televisyen bersama rakan-rakan sambil menikmati nachos untuk melihat energi tariannya, dia sudah menunjukkan sisi kecantikannya terlebih dahulu.

Lopez menghadiri sidang media Super Bowl hari ini dengan karakter atau penampilan yang menakjubkan namun berbeza.

Daripada rambut dari paras pinggangnya, rambut Lopez dipotong sehingga ke bahagian bahunya.

Chris Appleton selaku ‘stylist’ menggayakan rambut di hujungnya sedikit ikal yang sudah pun digayakan pada tahun 2020.

Ini bukan perubahan rambut ketara yang pertama Lopez dalam dekad ini. Beberapa minggu yang lalu, bintang itu menambah keperangan rambutnya yang mana sudah dilakukannya ketika hadir di majlis anugera Oscar sebagai peranannya untuk filem Hustlers.

Sama ada tindak balas itu adalah tindak balas yang sengaja kerana sesetengah peminat berspekulasi, kita tidak boleh mengatakan dengan pasti, tetapi kita tahu satu perkara: Dengan penampilan gaya pra-Super Bowl ini, kita akan mendapat melihat persembahan yang glamor!

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel
Untuk perkembangan berita dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments