475 pesakit wabak coronavirus pulih di China

0

Sejumlah 475 pesakit yang dijangkiti wabak coronavirus di China dilaporkan telah pulih sepenuhnya.

Suruhanjaya Kesihatan China berkata, kesemua pesakit yang telah sembuh dibenarkan keluar dari hospital.

147 pesakit dibenarkan pulang di wilayah Hubei, manakala 13 pesakit di bandar Suining di wilayah Sichuan.

Di wilayah Fujian, seorang pesakit juga dilaporkan pulih serta 5 pesakit di wilayah Autonomi Guangxi Zhuang dan 18 pesakit di wilayah Jiangxi.

Bilangan pesakit yang telah pulih di seluruh negara China telah menjadikan jumlah keseluruhan seramai 475 orang.

Sementara itu, 492 orang dilaporkan telah meninggal dunia akibat jangkitan novel coronavirus hari ini dan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 24,196.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply