Tuesday, May 21, 2024
HomeBERITAIsu sindiket penipuan kerja membabitkan rakyat Malaysia akan dibincang dalam mesyuarat kabinet...

Isu sindiket penipuan kerja membabitkan rakyat Malaysia akan dibincang dalam mesyuarat kabinet esok

PUTRAJAYA, 20 September – Isu berkaitan sindiket penipuan kerja melibatkan rakyat Malaysia di beberapa negara ASEAN, akan dibincangkan dalam mesyuarat kabinet esok.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad menegaskan, kerajaan memandang serius mengenai isu berkenaan.

“Perdana menteri telah mengarahkan saya untuk melihat perkara ini secara lebih mendalam dan saya berterima kasih kepada beberapa ngo yang diketuai oleh tan sri musa hassan yang juga datuk hisham sehingga kita rasa terpanggil untuk membawa perkara ini dalam mesyuarat kabinet esok. Perkara-perkara yang melibatkan individu2 yang terdiri daripada pelbagai etnik, mereka semua rakyat malaysia perlu diambil perhatian dan pendekatan yang serius,” kata Dr Abdul Latiff di sini.

“Saya kuat berpendapat perkara ini akan dapat diselesaikan secara lebih holistik pada esok harilah bila dibentangkan kepada jemaah menteri.

Menurut beliau, kerajaan melalui Wisma Putra bekerjasama rapat dengan negara terlibat, namun menghadapi sedikit kesukaran melibatkan Myanmar.

Yang pasti ramai keluarga mangsa pemerdagangan manusia kini buntu memikirkan cara untuk menyelamatkan anak mereka yang terperangkap di Myanmar, Laos dan Kemboja selepas menjadi mangsa kepada sindiket penipuan pekerjaan.

Mangsa atau keluarga mereka telah dipaksa membayar pampasan sehingga RM120,000 kepada sindiket terbabit jika mahu dilepaskan atau dihantar pulang ke Malaysia.

Seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Tan, 56, merayu kepada kerajaan supaya membawa pulang segera dua anak lelakinya yang berusia 16 dan 30 tahun yang sedang diseksa di Myan­mar.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments