Saturday, May 25, 2024
HomeBERITAIsmail Sabri pengemudi masa depan negara

Ismail Sabri pengemudi masa depan negara

Benarkah pilihan raya umum ke-15 agak sunyi dan hambar? Ya, tidak atau mungkin benar?

Demikian antara cakap-cakap politik kedai kopi yang kini mengisi muka depan portal berita dan beberapa media arus perdana di Malaysia. Secara jelasnya, rakyat sudah jelak dengan cerita politik yang tidak berkesudahan.

Namun jika kita sebagai rakyat menafikan hak kita sebagai pengundi, maka kita membuka ruang kepada pihak lain membuat keputusan untuk kita. Itu bahasa mudahnya.

Ironinya, sebaik Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran dewan rakyat baru-baru ini, ia sudah memberi markah bonus kepada dirinya. Proses berjalan dengan tenang, setenang dirinya.

Sebut bab tenang ini, beliau telah membuktikan kemampuannya dengan termaktub Memorandum Persefahaman (MOU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang ditandatangani antara kerajaan ketika itu dan pembangkang yang jelas menampakkan impak yang baik sebelum ini.

Menyorot dasar ekonomi kerajaan Ismail Sabri yang responsif berjaya memulihkan ekonomi Malaysia.

Semenjak suku keempat 2021, ekonomi Malaysia terus menunjukkan pemulihan yang kukuh dan telah kekal berdaya saing. Walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran sejak Ogos 2021, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) terus menunjukkan pemulihan sebanyak 3.6 peratus pada S4 2021, disusuli pertumbuhan KDNK 5.0 peratus pada S1 2022, 8.9 peratus S2 2022 dan yang terkini, 14.2 peratus bagi S3 2022.

Pertumbuhan KDNK bagi sembilan bulan pertama tahun ini adalah 9.3 peratus, pertumbuhan 9 bulan pertama tertinggi semenjak tahun 2000.

Menurut Mantan Menteri Kewangan, Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, ini disokong oleh beberapa indikator ekonomi yang memberangsangkan seperti prestasi perdagangan borong dan runcit yang terus mengukuh, sektor pelancongan yang terus memulih, perdagangan luar (import dan eksport) dan aliran masuk pelaburan langsung asing bersih (FDI).

Di peringkat antarabangsa pula, beliau boleh disifatkan sebagai seorang Perdana Menteri yang berani dalam tindakannya mengangkasa Bahasa Melayu di pentas dunia.

Perkasa integrasi ekonomi serantau, kukuhkan kerjasama dan mekanisme perundingan serta bermuafakat dalam menangani cabaran perusahaan iklim.

Berikut adalah tiga elemen utama ditekankan Datuk Seri Ismail Sabri dalam usaha membolehkan Asia memainkan peranan dalam menerajui dunia yang kini semakin berbeza pendirian.

The Malaya Post mengajukan beberapa soalan kerika program di Puncak Alam kelmarin, selain memperjuangkan agenda yang terdapat dalam manifesto Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga berjanji akan mengurangkan anggota kabinetnya jika BN berjaya membentuk kerajaan pada 19 November ini.

Menurut beliau, saiz barisan kabinet yang terlalu besar sering menjadi topik perbualan rakyat dan beliau sedar amat rasional untuk meminimumkannya.

Dengan idea dan cadangan ini, ia dilihat lebih praktikal jika dibandingkan dengan tawaran dari parti lain.

“Saya akui memang terlalu besar (saiz kabinet) dan pastinya saya akan mengecilkannya. Daripada segi kepelbagaian kepakaran, akan saya jadikannya sebagai panduan untuk membentuk kabinet nanti.

“Bukan sahaja terdiri daripada ahli politik tetapi daripada segi teknokrat akan turut dimasukkan.
Sebaik kita menang kita tubuh kerajaan dengan cepat dan bentang bajet untuk rakyat,” jelas Ismail Sabri semasa ditemubual The Malaya Post pada sidang media bersama anak muda Kuala Selangor di Puncak Alam.

Beliau turut menegaskan isu siapa yang bakal dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya UMNO dan Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sepatutnya tidak timbul lagi.

Katanya, seperti yang dinyatakan berulangkali oleh Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama Majlis Tertinggi UMNO sebulat suara telah memutuskan bahawa beliau akan terus menggalas jawatan itu sekiranya BN berjaya mencapai majoriti membentuk kerajaan.

“Isu itu sudah jelas dalam UMNO, siapa sebenarnya yang dicadangkan oleh UMNO. Perhimpunan Agung UMNO (PAU) ataupun PAU memutuskan saya sebagai calon PM sekiranya menang PRU15 nanti,” ujar beliau.

Warga Malaysia dihidangkan berita politik harian yang sama apabila isu Zahid Hamidi akan menerajui negara jika BN menang pilihan raya sering dibangkitkan parti lawan.

Sehingga para politikus ini lupa kuasa memperkenakan itu terletak secara mutlak oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah.

Pernyataan berbaur fitnah ini seolah-olah mendahului kuasa Yang di-Pertuan Agong sendiri.

Kepada soalan lain berkenaan beberapa nama dari BN tidak dicalonkan pada PRU kali ini, berikut jawab beliau.

“Ya saya sendiri pun memang rasa kecewa apabila calon ‘winnable’ itu tidak bertanding seperti Tan Sri Noh Omar, Tan Sri Annuar Musa.Ya kita kecewa namun penting selepas kecewa, bertenang dalam tempoh satu dua hari… kembali semula kepada parti dan bekerja seperti biasa. Itu saya lihat pada Tan Sri Noh dan Annuar Musa mereka bekerja bantu parti,” katanya.

Bercakap soal pendekatan ketika bersama rakyat, setiap Perdana Menteri mempunyai cara dan gaya tersendiri.

Perdana Menteri kesembilan ini mampu mendengar, melihat dan merasai denyut hati rakyat terutama rakyat di luar bandar yang sebahagian besarnya terdiri daripada petani, nelayan, penarik beca, penoreh getah dan golongan pendapatan rendah yang mengharapkan pemimpin yang mampu mengubah nasib mereka.

Mungkin kebanyakan pemimpin politik ternama dilahirkan di atas ‘dulang emas’ atau pun terdiri daripada keluarga bangsawan, namun Ismail Sabri hanyalah anak kepada seorang penoreh getah.
Kehidupan mereka sekeluarga bukan sesenang yang disangka. Sumber pendapatan mereka hanyalah hasil torehan getah di ladang milik keluarganya.

Harga sekeping “getah skrap’ berapa sen sahaja tetapi memadai bagi menampung kehidupan mereka sekeluarga.

Dilahirkan pada 18 Januari 1960 di Kampung Bukit Tingkat, Temerloh, Pahang, Ismail Sabri adalah bongsu daripada tujuh beradik.

Namun, kata orang tuah ayam nampak dikaki tuah manusia siapa yang tahu.

Siapa sangka, anak kelahiran Temerloh yang kini menginjak usia 62 tahun melakar sejarah apabila mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Anak kepada kepada pasangan Yaakob Abdul Rahman dan Wan Nah Wan Mamat asalnya dari kampung membesar sebagai anak petani.

Soalan: adakah dulu peneroka dan penoreh dapat manfaat & insentif seperti sekarang Datuk Seri?
“Dulu manfaat penoreh tak sama, kini banyak manfaat kita beri kepada peneroka, penoreh dan sebagainya,” katanya.

Bajet 2023 memberi banyak kelebihan kepada seluruh rakyat termasuk Sabah dan Sarawak terutama untuk tujuan pembangunan.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berjanji akan meneruskan usaha menyiapkan projek Lebuhraya Pan Borneo termasuk memberi keutamaan kepada pembangunan kemudahan penduduk di luar bandar.

Yang paling penting, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah membuktikan beliau seorang yang berpegang kepada prinsip tidak mencampuri urusan mahkamah walaupun ia membabitkan kes berprofil tinggi.

Ia bukan mudah namun beliau telah membuktikan dirinya layak dan mampu mengemudi negara dengan baik, tenang dan telus.–THE MALAYA POST

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments