Saturday, July 13, 2024
HomeBERITAIran tawar AS$80 juta untuk kepala Presiden Amerika, Donald Trump

Iran tawar AS$80 juta untuk kepala Presiden Amerika, Donald Trump

Berhubung serangan yang menyebabkan kematian Leftenan Jeneral Qassem Soleimani selaku komander kanan Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC) pada Jumaat lalu, rakyat Iran menawarkan ganjaran sebanyak AS$80 bagi sesiapa yang berjaya membawa kepala Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Seorang lelaki yang dipercayai penganjur membuat tawaran tersebut ketika selautan manusia berarak menghadiri pengebumian Soleimani di bandar Ahvaz

Menurutnya, rakyat Iran masing masing memberikan AS$1(RM4) seramai 80 juta orang dan jumlah kutipan bernilai AS$80 juta (RM328 juta).

Tambahnya, wang ganjaran tersebut akan diberikan kepada individu berjaya membawa kepala Donald Trump dimana yang mengarahkan pembunuhan ke atas tokoh terkenal revolusi tersebut.

Terdahulu, akhbar tempatan, Labour News Agency memetik kenyataan ahli Parlimen, Abolfazl Abutorabi memberi amaran negara itu akan bertindak balas terhadap kematian komander terbabit.

Menurut Abolfazl, mereka boleh menyerang Rumah Putih (White House) kerana mereka mempunyai kuasa. Serangan tersebut merupakan satu bentuk pengisytiharan perang, dan mereka akan bertindak balas pada masa yang sesuai.

Di laman Twitter pula, Donald Trump dengan angkuhnya memperlekehkan amaran Teheran untuk mensasarkan serangan ke beberapa tempat dan aset milik AS.

Menurutnya, ini adalah amaran tegas jika Iran menyerang rakyat atau aset milik AS kerana sudah menyerang kedutaan dan merancang serangan di lokasi lain malah telah membawa masalah selama beberapa tahun.

Mereka tidak lagi mahu sebarang ancaman dari Iran dan kini telah menyasarkan lebih kurang 52 lokasi yang sangat penting buat Iran.

Mereka akan menghantar beberapa peralatan baharu yang bernilai tanpa ragu-ragu jika Iran memilih untuk menyerang rakyat atau pangkalan AS. Menurutnya, mereka adalah dikalangan yang terbaik dan terbesar di dunia.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments