YB Datin Mastura Mohd Yazid memuat naik status di laman Facebook tanda restu hubungan yang terjalin di antara anak lekakinya dengan pelakon Mira Filzah.
Ahli Parlimen Kuala Kangsar itu menulis “Dilihat manis, dipandang manis, manis lagi hati budinya” meluahkan rasa syukur dan senang hati akan menerima bakal menantu sekaligus ahli baharu dalam keluarganya.
Rata-rata kenalan dan para pengikutnya di media sosial berkenaan turut menitipkan ucapan tahniah di ruangan komen atas perkhabaran gembira berkenaan.
Lelaki yang berjaya mencuri hati Mira Filzah bernama Wan Emir Astar adalah merupakan teman lama dan mereka dikatakan mempunyai hubungan yang rapat ketika sama-sama belajar dahulu.
Dikhabarkan majlis merisik sudah pun berlangsung, dan dipercayai majlis bertunang pasangan sama cantik, sama padan ini akan diadakan pada September ini.
Terdahulu, timbul khabar angin yang mengatakan bintang paling popular 2019 ini bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.
Semoga segala perancangan yang diaturkan berjalan dengan lancar.
Leave a Reply