Inovasi pembayaran tanpa tunai di 1 Utama

0

Sejajar dengan hala tuju Bank Negara untuk mewujudkan budaya tanpa tunai, kini pusat
beli-belah 1 Utama menjadi perintis pusat beli-belah di Malaysia untuk membangunkan dan menawarkan platform e-dagang dan e-dompet bagi memacu menyokong usaha kerajaan dalam ekonomi digital, selain mentransformasikan landskap runcit ke arah digitalisasi.

Pengarah 1 Utama Tan Sri Teo Chiang Kok berkata, inovasi pembayaran tanpa tunai ini memperkenalkan aplikasi e-dompet, 1PAY dan platform e-dagangnya, oneshop.com.my.

E-dompet 1PAY adalah penambahbaikan kepada program royalti sedia ada, ONCECARD Privileges+ malah pengguna hanya perlu mengimbas dan membayar dengan e-dompet dan pada masa sama menikmati mata ganjaran ONECARD.

Perkhidmatan e-pembayaran ini lebih pantas dan selamat, dengan baki tunai mencecah RM1,500 maksimum.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel
Untuk perkembangan berita dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply