Saturday, May 25, 2024
HomeBERITADetik penantian siapa teraju Agrobank

Detik penantian siapa teraju Agrobank

Dalam satu majlis kolaborasi strategik antara Bank Simpanan Nasional (BSN), Kumpulan SME Bank dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) , Lim  Guan Eng selaku Menteri Kewangan telah menyentuh mengenai pemerkasaan wanita di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Ianya berhubung apabila ramai wanita yang dilantik untuk menerajui dan memimpin bank tempatan tambahan pula beliau baru sahaja bertemu dengan Pengerusi BSN baharu Rossana Annizah Rashidi, yang dilantik ke jawatan tersebut pada 1 Februari lalu.

Lim seterusnya turut menamakan wanita-wanita yang dilantik ke pengurusan tertinggi bank dan agensi kerajaan antaranya Pengerusi Bank Pembangunan Malaysia Bhd Datuk Zaiton Mohd Hassan, Pengerusi Maybank Datuk Mohaiyani Shamsudin dan Ketua Pegawai Eksekutif MDEC Surina Shukri.

Tambah Lim lagi, tidak mustahil bagi Agrobank untuk diteraju oleh wanita kerana sekarang pun jawatan Penanggung Tugas Presiden/Ketua Pegawai Eksekutifnya telah disandang oleh Khadijah Iskandar.

Ini menunjukkan bahawa setiap pelantikan yang dilakukan bukanlah berdasarkan hubungan peribadi tetapi berdasarkan kepada merit dan juga kemampuan yang ditunjukkan.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel
Untuk perkembangan berita dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments