Saturday, May 25, 2024
HomeBERITAInisiatif fasa kedua dilancarkan, Terengganu umum insentif penangguhan sewa dan pinjaman pelajaran

Inisiatif fasa kedua dilancarkan, Terengganu umum insentif penangguhan sewa dan pinjaman pelajaran

Selepas fasa pertama Pakej Ransangan Terengganu Cakna dilancarkan, Menteri Besar Terengganu komited meneruskan inisiatif fasa kedua sebagai langkah keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan rakyat.

Mengambil maklum akan impak ekonomi yang dihadapi rakyat dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bersetuju untuk membuat pengecualian sewaan atau bayaran di bawah seliaan Kerajaan Negeri Terengganu.

Lima insentif penangguhan dan pengecualian yang akan dilaksanakan mulai April dan Mei bagi meringankan bebanan pihak yang terlibat.

1) Penangguhan bayaran sewa Program Perumahan Rakyat (PPR), Rumah Kos Rendah (RKR) dan Rumah Mampu Milik (RMM) untuk bulan April dan Mei 2020.

2) Pengecualian bayaran sewa premis perniagaan milik Kerajaan Negeri Terengganu bagi bulan April 2020.

3) Bayaran balik pinjaman pelajaran Yayasan Terengganu untuk dua bulan iaitu April dan Mei 2020 ditangguhkan.

4) Penangguhan bayaran sewa bulanan Desa Keluarga Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu bagi bulan April dan Mei 2020.

5) Bayaran sewa bulanan bagi premis-premis perniagaan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu bagi bulan April dan Mei 2020 ditangguh.

‘Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera”

Kenyataan MediaMenteri Besar Terengganu Darul ImanCOVID-19: Pakej Rangsangan Terengganu Cakna Covid-19 Fasa…

Dikirim oleh Urus Setia Penerangan Darul Iman – UPDI pada Senin, 23 Maret 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments