Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan melancarkan kempen bayaran saman secara e-payment mulai 25hb hingga 29 Mac.
Diskaun sebanyak 50% akan ditawarkan bagi saman-saman tertentu dengan pembayaran dalam talian sempena Peringatan Hari Polis ke-213.


Kempen yang berjalan selama lima hari ini adalah untuk memudahkan orang ramai membuat pembayaran saman masing-masing berikutan penutupan kaunter bayaran saman di Ibu Pejabat Polis seluruh negara sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Bayaran boleh dibuat melalui portal www.myeg.com.my dan www.rilek.com.my
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply